Sunday, December 20, 2009

Lama x update..

kerana kesibukan keje ak rasa malas la plak nak update blog nie....kerenah anak2 lagi... asyik layan facebook jer tapi ak pun da mula bosan ngn facebook x mencabar...nape ar ngn ak skrg nie????

Monday, November 30, 2009

Akhirnya...

Tanpa perbincangan kami adik beradik... mama ku dah wat keputusan utk bernikah lagi... Paling membantah adalah abang ipar aku.. Kami adik beradik tak berkata apa tapi nampak abang ipar aku begitu menyayangi mama ku sampai tak ingin berjumpa pun bakal ayah tiri kami... nantikan la update terbaru selepas hari pernikahan pada 5 Dis nie

Thursday, October 22, 2009

Bila mamaku nak kahwin lagi!! (part 1)

Aku di dalam dilema memang all the time in my life aku selalu di dalam dilema...rasa macam citer dalam filem2 atau dalam novel2 jerk..bukan nak minta simpati if sesapa yang terbaca post nie plz give me an opinion pada aku dari sudut negatif dan positif apa keputusan yang perlu aku wat kerana ia akan mempengaruhi kehidupan adik beradik aku yang lain...terutama yang paling kecil (spm tahun nie) yang dapat merasa kasih sayang seorg ayah selama 10 tahun sahaja (ayah aku telah pergi untuk selamanya ketika dia berusia 10 tahun)..
Aku dapat sms dari adik aku bahawa mak aku akan kahwin lagi bulan 12 nie.. Aku ingat aku orang kedua yang tahu selain adik aku yang sms tadi tapi bila aku find out rupanya aku orang terakhir dan untuk mengharukan cerita nie aku dapat tau dari mulut orang lain bukan dari mulut mama ku sendiri. Tapi aku cuba berfikir dari sudut positif maybe sikap aku yang suka memberontak dan mengikut perasaan (sebab aku pernah wat hal dgn mama dan abah dulu). So..jadilah aku orang terakhir yang tau pasal benda nie.
First, aku redha dalam masa yang sama aku nangis walaupun dah 7 tahun arwah abah pergi tapi bagi aku macam baru sekejap jer. Maybe mama aku rasa kesunyian sebab kami adik beradik jarang jumpa jenguk2 mama. Tapi aku still tak bole terima bakal ayah tiri aku yang sebelum nie aku kenal sebagai kawan mama ku (ketika arwah abah ada lagi). Dia baru 2 tahun kematian isteri... memang terkezut beruk..tapir..anjing..bila aku dapat tahu bakal ayah tiri aku org yg aku kenal. Itupun kakak aku yang bagitau... entahlah aku tak boleh nak pk apa2 lagi.. tak dapat terima bakal adik tiri (2 orang doktor lelaki).. macam mana la agaknya....
Hope tak jadi kenyataan....

Friday, October 16, 2009

Another unwanted birthday

Semalam besday aku...
Bertambah lah setahun lagi usia aku...
First of all, thanks to eja the 1st person wish kat aku pada 15/10 jam lebih kurang 12 pagi...
Hepi besday to u2 sweety..........
Then the 2nd one... da' one & only... u know who u r...
3rd is my mom thks 4 da sweet sms... but i can't be what u r written there
To all bdk2 McD Bangi... Aku cinta kamu smua.....
1st when i come to Bangi...rasa cam x syiok jer tapi budak2 bangi
mmg lu orang ada style.. gua respek la...
then i think again and again very nice small town..
hope to stay and have own home there...

Hari nie aku hepi + sedih + pening + masuk air
Banyak benda yg wat aku sedih lately......... hope aku tabah menghadapi!

Saturday, October 10, 2009

Menatap Matamu

Aku minat giler lagu Aril AF7 nie...
Bila closing malam2 aku pasang lagu nie customer pun ikut nyanyi..
Best nya lirik dia....


Sungguh Indahnya Hari Berlalu
Menunggu Kasih Tambatan Hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersama kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selalu kunyanyikan lagu rindu
Andainya kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh disana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkan kulepas walau sedetik pun


Jom layan video aril ok gak...
Best giler suara dia..



kalu nak mp3 pun korang ley download kat cni

Aril-Menatap Matamu

Sunday, September 13, 2009

sakit hati...hati sakit??

Apa beza sakit hati ngn hati sakit..
Pernah tak korang rasa sakit hati yang terlampau..
Rasa cam bullshit sesangat..
Orang yang sakitkan hati kita tue rasa kecik jer kan?? (walaupun sbenarnya dia lagi besar dari kita)
Rasa nak tumbuk jer muka dia..
Sebab bila kita sakit hati kita rasa pedih sangat
ada satu masa tue kita tak dapat tahan untuk mengalirkan air mata.. kerana kita tak ceritakan kat sesapa masalah kita..
Then, ada plak yang akan pk kita nie macam budak kecik
sebab kita menangis..
Sebagai manusia yang berjiwa halus macam aku..
Aku akui dengan menangis dapat mengurangkan rasa sakit hati kita
kerna itu yang mampu kita lakukan. Menangis bukan lah senjata untuk mendapat simpati orang lain tetapi adalah satu luahan perasaan apa yang kita rasa pada masa tue. Pedulikan apa yang orang fikirkan pasal diri kita yang penting kesakitan hati kita akan terubat walaupun bukan 100%....
Pernah suatu masa ada hamba Allah yang aku respect, mempertikaikan kelakuan aku kerana menangis ketika itu, dengan menyebut tentang status aku seorang mama kepada 2 orang anak tak seharusnya menangis..
So terus trang aku katakan, naluri seorang mama adalah lebih halus..
Bila ada orang menceritakan tentang anak2 aku akan terbayang kan anak2 aku yang aku tinggalkan di rumah....
Pengalaman menjadi mama membuat aku lebih menghargai mama aku..

Thursday, September 10, 2009

THE FINAL DESTINATION


smalam aku g tgk wayang cite FINAL DESTINATION..

Rasa terhenti nafas ngan suspennya..

Bole sakit jantung di buatnya...

Mampuih!!


Secalar hatiku...

Ini kisah sedih aku...

Last week mama aku drive keta aku..


Pastue disebabkan dia cakap telepon sambil memandu begini lah jadinya...hu...hu...


Sayu beb!! Dahlah nak raya... Nasib mama aku kalu orang lain..


Lu pk la sendiri!!

Sunday, September 6, 2009

RaSa CiNtA


Aku suka rasa cinta dalam diri aku terutama apabila kita cinta kan seseorang. Cinta tak dapat dibentuk dalam satu hari tetapi berhari-hari... bila kita cintakan seseorang kita akan sentiasa ingin berdamping dengan nya. Rasa ingin sangat tahu apa yang sidia buat.. Bile teringat kan kisah kami bercinta aku tersenyum sendiri betapa besarnya bahana cinta. Aku sanggup berulang alik dari Shah Alam ke Genting semata-mata nak berjumpa dengan dia. Dan dia pun sanggup berulang alik dari Genting ke KL sebab cinta. Bayangkan pagi dah jumpa masa on the way ke Genting malam jumpa lagi bila dia turun dari Genting. Itu before kahwin...sekarang bila dah kahwin aku dan anak2 duduk Semenyih. Dia sanggup berulang alik dari Genting ke Semenyih. That's why aku tahu dia masih cintakan aku dan anak2. Hopefully cinta kami kekal hingga ke syurga.

Saturday, September 5, 2009

Raya...

Bila kita dah semakin dewasa dan berusia, hari raya dah tak membawa banyak erti selain dapat memohon maaf. Tahun nie kami sambut sederhana sangat. Aku pun tak beli baju baru just tempah dua helai baju shj.. budget. Utk anak2 lebih sikit tema baju raya tahun nie 'pink' pergh!! comel2 anak aku pakai baju warna pink pekat. Suar ngn baju diorag pun dah beli tinggal kasut jer.. dekat2 raya jer baru nak beli nnt. Amacam handsome tak anak sulung aku...macam apek kita orang panggil dia 'ala apek'.




Thursday, August 27, 2009

Kisah Benar ala2 H1N1

Ini kisah yang terjadi kepada kakak aku sendiri, dia tidak positif H1N1 tetapi mengalami tanda-tanda seperti H1N1. Dari pembacaan aku, biasanya orang yang kena H1N1 adalah dari golongan yang mengidap asthma dan ini paling membimbangkan aku memandangkan aku ada asthma. Kisahnya begini, kakak aku seorang lecturer dan tempat dia mengajar ada student dah positif H1N1 dan tempatnya telah ditutup 1 mggu. Ketika dia berinteraksi dengan pelajar terbabit (dia tidak tahu pesakit tersebut demam ketika itu) mungkin telah terkena virus tersebut tetapi antibodinya kuat, dia demam 5 hari suhu badan naik, turun dan kemudian tiba2 naik dan turun semula, demamnya agak luar biasa dengan rasa bisa2 kat badan. Dia dah pergi ke klinik dan setelah diperiksa doktor suspek dia ada asthma sedangkan dia tak pernah kena asthma. Memandangkan dia ada dua orang anak yang masih kecil dan takut terkena kat anaknya dia telah memakai face mask di rumah dan bekas2 makannya tak dikongsi dengan sesiapa. Dia juga telah meminum sebanyak mungkin 100 PLUS dan makan kurma serta madu. Disebabkan sakit yang tak baik2 jalan terakhir dia baca yassin setiap kali lepas solat dan berdoa kepada tuhan. Dan dengan izin Allah demam dia sudah elok.

Sunday, August 23, 2009

Antara kerja dan keluarga part 2

Pendapat aku kekayaan bukan segala-galanya, kalau kaya tapi xder kasih sayang pun tak guna gak. Some people sanggup korbankan keluarga, aweks dan sebagainya kerana kerjaya. Aduh! Sungguh malang nasib orang yang seperti ini.. mungkin pada mereka "work is my priority".. kalau korang bukan macam aku lebih jelas ayat kasarnya "kalau korang rasa family korang lebih penting duduk umah jaga family" NONSENSE, kebanyakan orang yang berkata begini hidup porak peranda bukan dari segi kewangan tetapi hubungan kekeluargaan sendiri. Nah! Berapa ramai duda-duda kat luar sana yang bercerai kerana kerja?? tepuk dada tanya selera. Yang akan dipersalahkan adalah bekas-bekas jandanya.. tak pandai jaga suami lah macam-macam cerita yang akan keluar nanti. Yang lebih teruk lagi bila dah terlalu obses dengan kerja cuti pun datang kerja komitmen lah konon! Aku pun tak faham, bila lah agaknya masa diorang beriadah kan?? Masa bersama family, masa ziarah kubur ibu atau ayah tercinta yang telah pegi?? Atau semua nie diorang buat masa nak raya jer... Nie pun kena tepuk dada tanya selera... Aku bercakap dari pengalaman aku... Korang fikirlah aku pernah tulis kat entri aku gak dulu.. "Kerja kita tak akan dapat mendoakan kita kat akhirat esok, keluargalah yang akan sentiasa mendoakan kita bila kita dah pergi nanti" (itupun kalau kita sentiasa bersama mereka kalau setakat bagi hadiah, duit... jenguk pun setahun 2, 3 kali jer lu fikirlah sendiri)

First day puasa

Smalam first day puasa nasib tahun nie ak dapat puasa hari pertama.. tahun lepas jangan harap lah (maklumlah perempuan, faham-faham ajelah). Tahap keinginan nak makan2 macam-macam pun ada tapi tak lah semua nya nak. Hari nie ak makan nasi kerabu ngn ayam percik chewah... teringat nasi kerabu yang best giler kar genting

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN


Lama tak update blog kesibukan bekerja dan bersama keluarga...

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam ramadhan..

Semoga Ramadhan kali nie lebih bermakna....


Saturday, July 18, 2009

GENTING HIGHLANDS




15 July 2009, Pengalaman outing ngan krew seramai 8 orang tak dapat aku lupakan tapi stor manager aku memang best ar.. ajak kami ke genting highlands.. Salah timing + sesat nak g umah mak aku membuatkan kami sampai atas lambat dalam kul 11.45 am tapi kami g gak. Pastue orang yang beli tiket plak lambat datang kul 12 lebih baru dapat tiket dan masuk dalam outdoor. Memang enjoy mula2 takut gak nak naik corkscrew tapi setelah 2, 3 kali naik syok ar plak. Satu jer yang tak berani naik spaceshot... takut gayat giler siot.

Sunday, July 12, 2009

Transformers : Revenge Of The Fallen


10hb July lepas aku g tgk wayang ngan suami aku.. actually b4 that pun dah plan nak g siap booking lagi tapi anak aku menangis2 tak nak tgk takut. Tak tau ar apa yang dia takut.. so esoknya kami try pegi lagi tapi memang tak bawa dia ar..
Citer memang best dan ada sedih ckit lah tapi tak sangka robot pun ada hati cam manusia.

Friday, July 10, 2009

????

Smalam ada lah sorang mamat nie, aku memang rapat giler ngan dia tetiba jer dia suruh aku dengar satu lagu kat handphone dia aku pun layan ar... Tetiba lirik dia cam lain macam jer aku pelik!! konfius!! Nape ngan mamat nie?? Kat bawah nie lirik lagu dia.



Lyrics | David Archuleta Lyrics | Crush Lyricskalau korang nak download lagu nie David Archuleta-crush.mp3 (klik kat sini)

Thursday, July 9, 2009

Hepi Besday Sayang











8 July 2009, Besday anak aku. Memang dah apply cuti tapi tetiba bos nak jumpa plak terpaksa pegi gak. Sian kat anak aku, Danish beria2 menangis tak bagi aku pergi. Dalam kereta aku plak yang menangis, teringat besday dia aku plak buat macam tue. Dahlah ayah dia pun meeting. Napelah aku keje tempat macam nie?? Cuti pun kene g keje dah lah cuti tak berganti tak paham aku.. Bukan berkira tapi aku ada family (Dioranglah yang akan bantu aku bila susah). Aku pun ada plan nak tukar angin plak... Malam tue aku trus bawa dia g beli kek yang dia pilih sendiri kami sambut sederhana saja mula2 dia merajuk tak nak potong kek lepas aku pujuk2 baru nak.. Maafkan mama sayang!!

Monday, June 29, 2009

Penang lagi!!




Tak tau nape kami suka g Penang maybe sebab suasana.. tapi aku teringin nak g muzium perang. Keadaan tak mengizinkan maybe kalu kuar ngan member2 bole kot sebab ada anak2 kecik rasanya tak sesuai pegi tempat camtue. Dapat gak release tension keje... satu tempat jer kami g AKUARIUM.. tgk ikan pun tenang apa??


Sunday, June 28, 2009

Hepi Besday Mama


Buat my mom Salmah Binti Mohd Sharif..

Hepi Besday.. I love u so much

Thursday, June 25, 2009

Desa Waterpark





Hari nie aku bawa dua hero aku g Desa Waterpark. Actually store2 area Jamilah yang p tapi aku saje jer join tapi x join mandi ngan diorang, aku layan kerenah anak2 lagi baik. Daniel memang berani abis sampaikan gelongsor pun nak turun sendiri bayangkan budak baru 1 tahun 7 bulan dah sibuk2 nak main gelongsor tentulah aku risau tapi aku lepaskan gak.. dah cuba skali nak lagi. Aku layan jer kerenah dia. Dalam hati aku berdetik gak apa punya berani giler lah anak aku sorang nie. Yang si abang plak, Danish penakut naik gelongsor pun terjerit2 takut nak turun. Sampaikan meniarap turun gelongsor takut punyer pasal. Dua hero aku nie badan pun dah gelap terbakar kena panas nasib tak mandi laut.

Tuesday, June 23, 2009

Sejarah Hidup aku (Part 4)

Aku memang budak yang diam2 ubi berisi (cheh! masuk bakul angkat sendiri plak). Dari darjah satu sampai darjah empat aku pendiam abis. Tetiba naik darjah enam aku jadi budak kecoh plak. First sebab ada kengkawan yang memang satu kepala. Aku masih ingat lagi classmate aku asyik kena pow ngan aku jerk tapi memang dia baik giler ngan aku, slalu pow dia 10hinggit sebab bapa dia bagi duit banyak g skolah. Aku slalu bangun kul 5pg, 5.45 dah tunggu bas nak g skolah. Sampai skola pagi giler jam 6.30pg. Setiap hari cikgu english aku akan bagi soalan kena jawab 100. Disebabkan aku slalu datang awal kelau keje tak siap memang tiru member aku yang cina tadi tapi thanks to all my friend and teacher di Sekolah Kebangsaan (P)Bandar Tinggi, Johor Bahru (1989-1993) sebab dengan tenang mengajar aku sampai aku dapat 4A masa UPSR. Especially cikgu Janet (cikgu english aku). Cikgu memang best. Rindu zaman2 skolah dulu, kenangan ngan kengkawan, cikgu2, arwah abah.. Cepatnya masa berlalu..... Kalau ada sesapa kat luar sana terbaca entri nie dan pernah blajar satu class ngn aku tahun 1989-1993 pls keep in touch..Maybe aku tak ingat nama korang tapi ingat rupa korang!!!

Tuesday, June 16, 2009

Jangan Salahkan Orang Lain

Tiba-tiba aku teringat aku pernah menghadapi suatu situasi di mana apa yang aku buat, husband aku yang dipersalahkan. Itulah payahnya kalau suami isteri kerja dalam satu company. Apa yang si suami atau isteri buat mentaliti orang akan fikir husband dia lah ajar tue. Kalau benda yang baik tak kisah lah kan?? Tapi mulut orang, yang baik2 nampak sipi2 jer kalau yang buruk2 nampak semua. Kadang2 aku fikir jugak lah kenapalah ada orang macam nie kat dunia nie. Yang lebih aku hairan bin ajaib bin pelik tue kalau orang yang macam tue lelaki!! Real cakap first time sepanjang 28tahun aku hidup aku jumpa orang lelaki macam tue. Memang terkezut abis. Susah kalau orang yang jenis kawan makan kawan nie. Biasanya orang nie depan kita baik tak berani cakap, belakang mulut dia la paling power (ye ar kalau cakap depan mau makan penumbuk tak makan plak nasi sebulan). Kalau ar orang yang macam nie, terbaca entri nie kompom menggelabah, hati dan jiwa dah mula kacau sakit hati sebagaimana hati2 orang yang dia pernah kacau pastue mulalah mengaibkan aku sebab tulis benda2 nie. Ingat brother! Malaysia nie demokrasi apa aku nak tulis ker apa ker kalau ko tak wat tak yah menggelabah mengamuk2 macam beruk termakan cili. He..he.. dapat aku bayangkan! Aku sbenarnya malas nak pikir pasal kata-kata orang g ar mam...Tapi kalu sudah kacau periuk nasi aku sendiri mau ingat ar. Tak yah jawab kat dunia kat akhirat jawab ar. Dunia bolelah lepas ramai orang back up kat akhirat sendiri mau back up ar.

Monday, June 15, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang


Hari nie ulang tahun suami aku.

Tarikh sama gak dengan adik aku..

So just wanna wish both of u happy birthday..

Smoga panjang umur murah rezki.

Sunday, June 14, 2009

Buat abah sempena hari bapa

Abah...
Sudah 7 tahun
Abah pergi meninggalkan angah
Rasanya baru semalam angah menelefon abah
Bertanyakan tentang abah
Tetapi malam tue abah sibuk
Abah suruh angah telefon mama
Tak sangka itu kali terakhir angah dapat bercakap dengan abah

Abah...
Abah tau tak...
Masa Hari lahir angah 15 Oktober 2002
Abah telefon angah minta angah balik umah
Masa tue angah kerja kat Genting Highland
Angah tak nak balik
Abah cuba jugak pujuk angah
Abah siap cakap abah ada sediakan hadiah besar
Tak sangka hadiah tue memang hadiah paling besar
Dan tak akan angah lupakan sampai bila-bila
Abah tau tak hadiah tue apa??
Hadiah hari pemergian abah pada 26 Oktober

Abah..
Mama ada cerita dengan angah
Abah ada sediakan duit nak belikan angah handphone
Sebenarnya itulah hadiah hari lahir untuk angah
Mama bagi duit yang abah simpan tue pada angah
Mama juga ada cerita pagi tue
Abah nak pergi kerja abah tak jumpa mama dulu
Abah pergi macam tue jer
Mama tak cium pun tangan abah hari tue
Rupa-rupanya hari tue abah nak pergi tinggalkan mama dan kami sekeluarga

Abah...
Sesungguhnya angah sayangkan abah
Maafkan angah kerana buat abah kecewa dan terluka
Setiap hari bila angah sembahyang
Tak pernah lupa untuk angah sedekahkan AlFatihah untuk abah
Abah tau tak???
Masa angah terima panggilan telefon dari mama
Bila dapat tahu berita ketiadaan abah
Angah menangis teresak-esak
Dari Genting Highland sampai ke Johor Bahru
Angah menangis tak putus-putus
Angah tak sangka abah pergi secepat itu
Tak sangka sebab abah tak sakit

Abah...
Masa angah sampai kat masjid tue
Angah sebenarnya tak sanggup lihat sekujur jasad abah
yang terbaring tue
Dan hati angah masa tue berdoa harap semuanya mimpi saja
Tapi angah tabahkan hati jugak
Angah tahan air mata dan cium pipi abah
Abah memang nampak tenang masa tue
Dan malam tue lepas angah sampai
Abah dikebumikan rupa-rupanya semua orang tunggu angah sampai untuk jumpa abah dulu
Angah hantar jasad abah sampai ke liang lahad
Angah menangis lagi bila jasad abah ditanam
Angah sedih sangat angah tak sempat bermanja dengan abah
Tak sempat abah tengok cucu-cucu abah yang comel dan bijak

Abah...
Seminggu lepas abah pergi
Angah masih lagi menangis
Sampaikan angah mimpi abah datang jumpa angah
Abah usap kepala angah tapi abah tak cakap apa-apa
Bila angah teringat abah angah akan ingat saat-saat indah dengan abah
Abah selalu belikan angah nasi goreng ayam kegemaran angah dekat Bukit Chagar kadang-kadang abah belikan angah sampai dua bungkus
Abah hantar angah pergi tuisyen Matematik dekat cikgu Jamal
Sampaikan angah dapat A1 dalam Matematik dan suka subjek tue
Abah bawa kami sekeluarga pergi bercuti dekat Kuala Lumpur
Pergi Zoo negara, Taman Burung
Masa angah sakit kena asma abah selalu dukung angah bawa angah pergi klinik
Angah susah nak bernafas abah sapu Vicks kat dada angah dan tinggikan bantal kat belakang angah
Abah temankan angah masa angah kena amik gas kat klinik
Angah ingat semua tue abah
Dan angah sentiasa ingat abah dan berdoa untuk kesejahteraan abah
Mama pun dah buat haji untuk abah
Mama juga selalu berdoa untuk abah
Akhir kata untuk abah,
I LOVE YOU SO MUCH
Dan terima kasih kerana membesarkan angah yang degil ini
Memberi sepenuh kasih dan sayang dari kecil sampai besar panjang
Sampai akhir hayat ini jasa abah tak mampu angah balas
Rasa macam nak jadi budak kecik jer
Supaya abah sentiasa ada disisi angah


*Pesanan untuk semua..
Sayangilah orang yang masih ada lagi dan hargailah kerana bila dia dah tak ada kita akan rasa menyesal sebab tak sempat sayang dan hargai dia semasa hidupnya. Ingat keluarga lebih penting dari kerja!!




Thursday, June 11, 2009

Rayuan Nurani


Jom layan nasyid plak. Actually dalam banyak2 lagu aku prefer nasyid espc dari kumpulan Nahwan Nur (masa zaman2 Nasation nyanyi) suara Nasation nie memang unik bagi aku. Rayuan Nurani adalah lagu dari kumpulan Saff One (bekas ahli Nahwan Nur). Dalam lagu nie gak ada suara Nasation tapi yang penting syahdu gak ar layan lagu nie. Kalau hayati lirik dia pun syahdu, tahniah wat Munif yang mencipta lirik dan lagu nie. Antara favorite aku sepanjang zaman.


RAYUAN NURANI
Diantara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia
Sebagai khalifah mentadbir dunia ini
Juga sebagai hamba
Nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa
Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada Pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku
Dimana..dimana kuberada
Dimana..dimanakah diriku
Adakah di jalan lurus
Atau di jalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan kujalan kebenaran
Kutahu jalan bahgia penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan padaku
Demi mendapat keredhaan darimu
Sanggup kutempuhi jalan yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api nerakamu
Kalau nak lebih feel lagi

Closing Yang Terlampau

Aku enjoy keje kat cni bukan sebab sesapa sebab krew yang giler2..
Aku pun layan jer janji keje korang siap tapi trus trang cakap ar kalau bos tau mati aku kene tapi stor dah tutup kan, sesekali nak gak release tension. Tak salah kan??

Wednesday, June 10, 2009

LEADERSHIP


Apa yang dimaksudkan dengan 'Leadership'? Sabda Rasulullah S.A.W "Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya". Rasulullah merupakan seorang pemimpin agung. Sahabat akan rasa selamat bersamanya. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu walaupun masih terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya saja sudah terurai satu masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan berbincang dengan pemimpin berjiwa kental baru dapat idea untuk selesaikan sesuatu masalah. Untuk menjadi seorang pemimpin juga kita haruslah berani. Berani pun mestilah bertempat bukan berani tanpa ilmu dan juga berani tanpa akhlak. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benar-benar berani adalah yang berjaya mengawal kemarahan". Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik asas utama ialah boleh dan mampu control orang. Mampu satukan setiap orang dalam organisasi untuk mencapai suatu objektif. Control orang bukan bermakna menjadikan seseorang itu hamba abdi yang boleh dimaki dan dicaci. Ramai pemimpin biasanya tersilap cara bagaimana ingin menguasai orang. Setiap orang berlainan sifat dan sebagai pemimpin anda haruslah tahu cara ingin menegur atau membentuk seseorang. Jangan anggap cara penerimaan seseorang sama. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang setiap kata-katanya mampu dituruti oleh orang lain tanpa ada perdebatan dan jika ada yang tidak berpuas hati dia mampu menerima pendapat. NOBODY PERFECT!! Jika ada seseorang dalam organisasi memberontak sebagai pemimpin perlu mencari punca berlakunya masalah itu. Kita memang tak boleh ubah personaliti seseorang tetapi kita mampu ubah sikap dan diri kita. Jika perubahan itu boleh membawa ke arah yang lebih baik untuk organisasi, diri atau keluarga kita tak salah untuk berubah. Ingat kita harus pimpin menggunakan akal bukan nafsu amarah. Orang yang tak dapat menahan marah lebih baik jangan jadi pemimpin!

Monday, June 8, 2009

Sharpen The Saw

Lepas jer aku abis kelas asyik guna kata Stephen Covey jer...
Salah satunya adalah "Sharpen The Saw". Kalau ikutkan memang banyak masa kita terbuang dengan kerja cubalah fikir-fikirkan balik masa yang diberi 9 jam kenapa kita mesti extend sampai jadi 12 jam?? So memandangkan aku cuti sabtu dan ahad nie aku telah mengambil peluang nie habiskan masa dengan family aku kat Cheras. Rasa seronok jumpa adik beradik lain sebelum nie memang susah nak jumpa..Sabtu kami pergi kenduri kawin umah jiran pastu g makan kat JJ Balakong..Ahad plak balik umah nenek aku kat Klang pastue g umah sedara aku kawin plak.. Lepak2 ngan makcik aku ngan nenek aku suatu aktiviti yang aku rasa "Sharpen The Saw" gak ar..susah nak explain pasal "Sharpen The saw" nie..

Saturday, June 6, 2009

Hepi Besday Naim







Hari nie besday Naim (anak kakak) so Along aku bawa kami sekeluarga g makan2 kat Pizza Hut kat Balakong..

Thursday, June 4, 2009

Circle Of Concern

Pernahkah anda selalu terfikir apa yang orang lain akan katakan terhadap anda. Jangan pedulikan jika bos kita sering katakan yang kita ini tidak bagus. Sesetengah bos berkemungkinan besar akan memburuk-burukkan kita walaupun setelah kita tiada dalam organisasi mereka. Jika ini berlaku jangan putus asa, laksanakan lah tugas kita dengan bersungguh-sungguh dan sehabis baik. Suatu hari nanti orang lain akan hargai hasil kerja kita. Pedulikan kata-kata orang!! Tetapi jangan salah faham kadangkala kita perlu tanya pendapat orang mengenai diri kita, apa yang perlu kita buat untuk memperbaiki diri kita atau memperbaiki apa yang kita lakukan.

Wednesday, June 3, 2009

Terminator Salvation


Again, seperti ketagihan wayang aku ngan husband g tgk wayang citer TERMINATOR SALVATION. Kali nie mamat tue tak tido sebab citer nie penuh aksi sampaikan aku rasa jantung aku cam berhenti berdegup bila aksi ganas berlaku.. suspens beb tak boring dan best giler pada aku. Mula2 ada sedikit confuse ngan watak si Sam Worthington as Marcus Wright dalam filem tue sebabnya aku budget dia hero lain selain John Connor (sebab aku rasa John Connor akan mati dalam citer nie) pastue tak sangka plak dia nie sbenarnya half robot dan half human.. kiranya citer nie banyak benda yang tak disangka2.. kalau korang nak rasa apa yang aku rasa atau korang macam teragak2 betul ker apa dia nie cakap atau betol ke apa yang orang lain cakap ker..Senang korang g tgk sendiri dan rasa sendiri perasaan korang..

he..he..

Monday, June 1, 2009

FeeL vALued

Thanks a Lot to my Store manager for her support and this is the first time i feel value working here. Early in the morning i get sms from her.. she say morning and hope i enjoy in the class and also say good luck and take care. Thanks again!

Sunday, May 31, 2009

pHd

PHD (perasaan hasad dengki)....
Apa yang korang paham mengenai phd..orang yang mempunyai sikap seperti ini adalah manusia yang lebih jijik dari bangkai dan mempunyai hati yang lebih busuk dari najis. Memang kasar bunyinya sekasar orang yang mempunyai sikap seperti ini. Lazimnya orang yang mempunyai phd adalah orang yang suka berpura-pura dan tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Akan ada sahaja taktik dan strategi bagi orang seperti ini untuk menjatuhkan lawannya dan dikala itu satu kehebatan bagi dia jika dapat menghancurkan jiwa dan semangat orang lain. Mereka lebih suka menimbulkan kekacauan dan ingin menunjuk-nunjuk bahawasanya beliau adalah taiko dan juga suka kedamaian bertukar menjadi jiwa kacau yang merobek jiwa. Mereka lebih suka mengkritik orang di belakang dari bersemuka dan memburuk-burukkan orang lain umpama dia sahaja yang betul dan apa yang orang lain buat tak betul.
Begitu sayang sekali sekeping hati yang dijadikan Allah bersih dan suci sewaktu lahir telah bertukar menjadi hitam dan kotor malah kalau dicuci dengan clorox pun belum tentu dapat membersihkan kekotoran itu. Mereka bangga jika ada insan lain yang menderita akibat perbuatan mereka. Tetapi ingat orang seperti ini susah dikenalpasti kerana nampak sama tapi tak serupa. Pernahkah anda terfikir kenapa orang seperti ini suka mengganggu dan mengacau hidup orang lain sedangkan orang lain tak pernah amik tahu pasal hidup mereka.
Hasad dan dengki adalah seperti obor api yang sedang membakar dan menghancurkan masyarakat sedikit demi sedikit. Hasad dan dengki yang lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah. Hasad dan dengki tidak kenal pertalian keluarga. Berapa banyak keluarga yang runtuh akibat perasaan hasad dengki di antara ahli keluarga.
Jika betul kita ada perasaan hasad dengki tersebut, ketahuilah bahawa sebenarnya kita merasa hasad dan dengki terhadap orang yang empunya nikmat tersebut iaitu Allah SWT.
Renung-renungkanlah...

Saturday, May 30, 2009

Night At The Museum 2


Menonton wayang seolah-olah telah menjadi hobi aku ngn suami mana taknya seminggu skali mesti pegi tgk wayang punya. Sbenarnya plan nak tgk citer TERMINATOR tapi penuh last2 kami tgk citer 'Night at The Museum 2'. Tapi yang aku bengang laki aku bole bantai tido plak dalam panggung tue sebabnya dia tak suka tgk citer yang banyak cakap tapi tak banyak aksi lawan2 so far aku enjoy sebab citer dia kelakar terutama bila semua patung2 tue hidup.. aku pun bukannya pandai ulas citer bebanyak kalau korang nak puas hati ape kata tgk filem tue sendiri.. tak pon cuba korang try masuk kat cni Night at The Museum ada ar ckit previu pasal filem nie

Thursday, May 21, 2009

Syurga Cinta


Hari nie pas balik keje jer aku, suami, alang ngn my son danish g tgk citer "Syurga Cinta". Baiknyer cakap aku memang layan ar cite tue best beb ada komedi dan macam2 kiranya ada input ar.. Terus terang ar cakap aku dah tangkap cintan ngan lakonan shaheizy sam walaupun part dia ciput jer.. Tapi bila dengar khabar angin orang cakap pelakon syurga cinta si Awal tue gay macam tak percaya lak anyway lakonan yang mantap.. Terutama bila cakap pasal keagamaan ada ar gak terasa memang bagus ar citer dia....baik korang gak tengok citer nie.. sure tak menyesal tak tipu punyer..

Thursday, May 14, 2009

McD Shuffle @ work

Aku memang suka bebudak aku yang kepala giler2 sampaikan time keje pun bole wat giler tapi kalau la boss ternampak mati ler... Tapi korang memang best ar walaupun sbenarnya tak pandai shuffle... rindunya kat korang....

Wednesday, May 13, 2009

Irwan Syah - Camelia


Aku minat cara irwan syah nyanyi lagu nie... dan melodi dia ada sedikit kemelayuan.. kalau korang rasa korang minat gak mai lah download lagu kat bawah nie..

Irwan Syah - Camelia.mp3

Actually lagu nie ciptaan Dodhy (Kangen Band) sebab tue lah lagunyer ala2 melayu ckit. Seperti sedia maklum, aku suka kumpulan kangenband..

Thanks For All Of U

Begitu cepat masa berlalu, setelah 7 tahun bekerja di Genting Highlands aku akan transfer ke Bangi.. Actually memang dah plan tapi tak sangka secepat ini but i take it as a positive maybe ada agenda orang atasan tapi terus terang aku katakan aku tak dilayan 'in proper' untuk transfer. My boss sit down dgn aku tapi bukan bercakap pasal transfer atau macam mana jadual aku kat sana tapi lebih kepada luahan hati dia sendiri.. apa punya orang lah kan.. siap ungkit pasal kenaikan pangkat.. tapi aku bersyukur sampai dia saat akhir aku still boleh mempertahankan kesabaran aku.. Alhamdulillah...tapi aku amat rindukan suasana krew yang memahami kat Genting.. Love u all kalau panjang umur kita jumpa lagi..

Sunday, May 10, 2009

My Last Day

Esok last day aku keje kat Genting.. Bubbye smua..........

Saturday, May 9, 2009

Happy mother's day


Buat my mom i love u so much u're wonderful and superwoman mum... maafkan aku kerna pernah mengecewakan hatimu dulu.. aku amat kesal kerna setiap kali ku ingat keredhaan Allah terletak pada keredhaanMU...

Tuesday, May 5, 2009

Bully cheat codes


This is my favourite game utk PS2. Aku dah main sampai chapter IV tapi anak aku dah ter'delete' aku punyer save game.. so terpaksa main semula.. tengah syok2 main dvd plak calar terpaksa ar aku beli masuk nie dah 2 kali beli dvd baru..Games nie lebih kurang macam Grand Thief Auto (sebab company yang sama gak buat) tapi game nie sikit ar sopan dari GTA.. Aku lagi prefer BULLY dari GTA. Part paling susah bagi aku stakat nie English class sampai kena bukak kamus.. tapi aku ada cheat codes utk kelas tue next time aku bagi plak cheat code lain...(kalau nak senang korang bukak jer laman bawah nie..
cheat code for bully ps2 (klik sini)

ENGLISH CLASS 1 (ELMOLW)- utk pass jawap 7 words

Ell, Elm, Low, Mel, Mew, Mol, Mow, Ole, Owe, Owl, Lowe, Meow, Mole, Moll, Well, Mellow


ENGLISH CLASS 2 (THFSGI)- utk pass jawap 14 words

Fig, Fit, His, Hit, Its, Sit, Figs, Fish, Fist, Fits, Gift, Gist, Hits, Sift, Sigh, This, Fight, Gifts, Shift, Sight, Fights


ENGLISH CLASS 3 (ELISSM)- utk pass jawap 15 words

Elm, Ism, Lei, Lie, Mil, Elms, Isle, Isms, Leis, Less, Lies, Lime, Mess, Mile, Mils, Miss, Semi, Sims, Slim, Isles, Limes, Miles, Seism, Semis, Slimes, Slims, Smile, Smiles


ENGLISH CLASS 4 (RAOCYN)- utk pass jawap 19 words

Any, Arc, Can, Car, Cay, Con, Coy, Cry, Nay, Nor, Oar, Ran, Ray, Roc, Yon, Corn, Cory, Cyan, Racy, Roan, Yarn, Acorn, Corny, Crony, Rayon,Crayon


ENGISH CLASS 5 (DGRAGE)-utk pass jawap 22 words

Age, Are, Dag, Ear, Egg, Era, Erg, Gad, Gag, Rag, Red, Aged, Dare, Dear, Drag, Dreg, Egad, Gage, Gear, Grad, Rage, Read, Agger, Grade, Raged, Dagger, Ragged

*kan bagus kalau ada BULLY games kat PSP plak....

Friday, April 17, 2009

Proton Exora




16 April aku ngn family g showroom proton di Hicom, Shah Alam..



Harga mpv nie memang munasabah bagi kami.. ingat nak rembat satu. Laki aku pun dah booking tunggu dalam masa 2 bulan. Aku suka accesories dalam mpv nie lagipun family dah makin membesar kena ar ada keta besar ckit..he..he.. Tapi aku lupa nak bawa kamera tinggal dalam keta gambar nie pun amik guna handphone.. kalau korang yang sukakan keta Malaysia dan percaya barang tempatan belilah mpv nie..kui..kui...

Tuesday, April 14, 2009

Tesco...

Tadi aku bawa anak2 aku g Tesco Semenyih shopping barang ckit.. aku bengang ngan company nie bukan apa adalah dia advertise kat tempat dia Q-Buster konon nya kalau kita beratur dpn kita ada 2 trolly diorang akan buka 1 lagi kaunter tapi propa je semua tue lagi2 kalau korang datang time2 nak tutup. Sepatutnya management diorang alert ckit time bila customer ramai bukan ker rakyat malaysia nie suka shopping malam2. Lagi satu yang aku tak bole blah security dia konon2 strict sangat. Anak aku beli mainan kat kedai bawah nak bawa masuk tak bole.. pk ar budak2 mesti menangis2 tak bagi barang dia orang amik, kalau mainan tue ada jual kat dalam Tesco takpe gak nie takder yang sebiji pun. Memang bangang ar security tue tak payah ar nak tunjuk lagak ko tue security jer... Hope kalau management mana-mana Tesco terbaca post aku nie tolong bukak mata ckit.. Jangan sebab benda2 remeh nie aku ngn family tak shopping kat Tesco..hu..hu..

Tuesday, April 7, 2009

Cuti ke P.Dickson
















Kami sekeluarga telah mereleasekan tension masing2 dan pergi bercuti kali nie kami akan bercuti ke P.Dickson tapi jangan sangka kami akan bermandi manda di Teluk Kemang tapi kami just mandi di Swimming Pool di Palm & Spring Golf & Resort..










Friday, April 3, 2009

Mawi feat Kru (SUJUD)

Ohhhhhhhh Ohhhhhhhhhhh
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Disaat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
Kalau nak lagi best apa kata korang download lagu nie dan nyanyi bersama liriknya

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL's day

April Fools' Day or All Fools' Day, although not a holiday in its own right, is a day celebrated in many countries on April 1. The day is marked by the commission of hoaxes and other practical jokes of varying sophistication on friends, family members, enemies, and neighbors, or sending them on a fool's errand, the aim of which is to embarrass the gullible. Traditionally, in some countries, the jokes only last until noon: like UK, Australia, New Zealand, Canada and South Africa, someone who plays a trick after noon is called an "April Fool".[1] Elsewhere, such as in Ireland, France, and the USA, the jokes last all day.

MY click dah wat satu april fool day yang memang menjadi sampaikan bos aku g kopak mangga sebab ingat kunci dia memang hilang.. PErgh!! memang brani giler r sebab bos aku tue panas baran.. Sian korang terkena hi..hi.. bagus bro!

Sunday, March 22, 2009

DRAGONBALL EVOLUTION


Jom tgk wayang...

Citer DragonBall Evolution...

Pada 22 March jam 10:20PM aku, my husband ngn alang tgk wayang kat Cathay City Square JB

citer memang best ar i like...

Dragonball mat salleh...yang macam citer cartoon gak kena cari 7 dragonball dan selamatkan dunia before Piccolo dapat dragonball tue.

Tapi yang bestnyer diorang ada alat nak detect dragonball

Apa2 hal baik korang tgk kat panggung...

Saturday, March 21, 2009

JB here i come

Actually aku seronok bercuti dari keje plan nak ke Kelantan terpaksa cancel gara-gara mama aku tak dapat cuti.. so hari keempat cuti aku ke JB bertolak jam 2ptg.. seronok sangat dapat jalan-jalan release tension almaklumlah keje pressure (sakit otak dibuatnya). kami sampai di jb (tempat aku dilahirkan dan dibesarkan) jam 6.30 cari hotel murah sebab dah lewat petang dapat ar satu bilik dua queen bed dalam RM120.. malam plak plan nak tgk wayang he..he..
To kengkawan kat jaybee sori beb tak kasi tau no hp korang suma dah ilang..

Sunday, March 15, 2009

JpgFun.com



Biasa korang guna Silly Scenes, YourPhotoMagic dan PhotoFunia untuk menjadikan gambar korang dalam efek yang berbagai. Dan ada satu lagi yang perlu korang cuba iaitu JPGFun. Seperti yang lain korang gak boleh wat macam2 ngn gambar korang.





Nak cuba try test JpgFun (klik cni)

Friday, March 13, 2009

My son kena cirit birit

Last 2 days..when i balik ke rumah mak mertua my 2 sons dah pun tido.. Danish sakit perut dan kembung perut cirit birit 2 3 kali dia buang air.. kesian aku tak sampai hati tengok dia camtue.. malam tue dia merengek2 menahan sakit..when i see him like that i tak sampai hati then i ask my husband to bring him to the clinic.. puas kami cari klinik 24 jam kat semenyih tak jumpa maklumlah bandar kecik (tapi sebenarnya ada) so we straight to Kajang and go to Hospital Pusrawi.. On the way, danish beberapa kali mengerang kesakitan. after a few minutes kat klinik.. kami pun singgah ke McDonalds to buy a plain porridge dan terus balik. Sampai umah aku suapkan danish bubur dan terus bagi makan ubat. Lepas makan ubat malam tue ingat dah ok bila dia tido badan dia panas demam plak aku dah panik nasib my husband ada dia suruh letak tuala basah kat kepala if esok tak baik baru hantar ke klinik smula.

Sunday, March 8, 2009

Thursday, March 5, 2009

Geng upin dan ipin the movie


Hari nie kami sekeluarga telah menonton movie upin dan ipin.. memang best terutama anak aku si danish yang memang minat kat upin dan ipin... Aku suggest utk korang yang ada family terutama bagi yang ada anak eloklah korang tgk enjoy setanding mat salleh punyer animasi.. Cayalah!!



Saturday, February 28, 2009

Punisher : War Zone

To all movie addict, lets sit and read this...

Yesterday i was watching the 'Punisher:war zone" movie with my lovely husband... the movie full of violence and a lit bit of love but i really enjoy it.




Not surprisingly, the film dispenses with an elaborate depiction of its anti-hero's back story, which is only briefly delivered well into the proceedings. Instead, it jumps immediately into the nonstop action, with former FBI agent-turned-murderous vigilante Frank Castle (Ray Stevenson) bursting into a mob meeting and blowing virtually everyone away, at one point mowing down his victims with an automatic weapon while hanging upside down from a spinning chandelier. Unfortunately, one of the dead turns out to have been an undercover FBI agent, which sends the already emotionally tortured Punisher into an even more self-reflective mode as he guiltily attempts to reach out to the agent's widow (Julie Benz) and young daughter (Stephanie Janusauskas). Meanwhile, he's being pursued by the agent's vengeful partner (Colin Salmon) and also by one of the surviving hoods (Dominic West) who, thanks to being nearly killed in an industrial machine, winds up horribly disfigured and renaming himself Jigsaw.The character's name is all too fitting because director Lexi Alexander has ramped up the fast-paced action to ultra-gruesome proportions more suitable for a "Saw" installment. Enough heads are blown off, body parts severed, internal organs devoured and viscera scattered to more than satisfy the clearly bloodthirsty target audience. That is, if they can get past the simplistic story line, the inane dialogue ("Sometimes, I'd like to get my hands on God," Frank intones at one point) and the wildly uneven performances. While Stevenson (HBO's "Rome") brings an impressive brooding intensity and physical presence to the title role, his unrelentingly grimness eventually proves tedious. Clearly looking to overcompensate are West (sporting elaborate but less-than-convincing makeup), who portrays his villain with a manic wildness and terrible Noo Yawk accent that is more comical than menacing; and Doug Hutchison, who is entertainingly over the top as "Looney Bin" Jim, Jigsaw's aptly named feral kid brother.

Sunday, February 22, 2009

pERCUTIAN KE t'GANU (AWANA kIJAL)
















Pada 22hb kami telah bercuti ke Terengganu....kami bertolak jam 4 pagi dari Semenyih singgah ke Genting Highland amik barang ckit dan terus ke Terengganu kami sampai jam 10 pagi terus check in





Ha..ha..ha.. memang aku rasa bahagia hidup sebab dapat release tension dengan cara macam nie seronoknya....





kami telah menginap di 'Awana Kijal Golf & Beach Resort'





Pergh! tempat memang best giler seronok gi sini...





Setelah berehat sebelah pagi sebelah petang kami bersiar2 dan bermandi manda kat swimming pool..





Tuesday, February 17, 2009

Andai Abah ada lagi

Hari nie kalau arwah abah hidup lagi dah 55 tahun usia.. Agaknya bagaimana rupa arwah abah bila usia 55 tahun.. Aku rindu sangat arwah abah masih aku ingat lagi sehari sebelum arwah meninggal malam tue aku telefen tak tau kenapa tergerak hati nak berbual dengan dia tapi dia sibuk dan suruh aku telefon mama. Tak sangka rupanya itu kali terakhir dapat cakap dengan dia... Patut lah masa birthday aku (15 Okt) dia beria2 suruh aku balik ada hadiah besar untuk aku katanya tak sangka pulak 11 hari lepas birthday aku dia dah takder dan aku tak balik pun masa birthday aku. Kenapa lah aku nie degil sangat kan??? Tapi dia dah takder bila sembahyang tak pernah aku lupa sedekah alFatihah untuk dia semoga rohnya dicucuri rahmat.. Sekarang aku ada seorang mama yang aku sangat mengambil berat.... sebuah keluarga (1 org kakak dan 2 org adik) dan juga seorang suami yang aku kasihi ..dan kengkadang aku bercakap kasar gak dengan dia Sorry sayang! dan 2 orang putera penawar hati... Love u all...

Saturday, February 14, 2009

Velentine's Day

Aku ngn suami tak berapa sangat nak sambut valentine tak amalkan pun. just wish each other...but those who celebrate valentine.. Hepi valentine's day...



Send this eCard !

Sunday, February 8, 2009

Percutian di Langkawi Part 3




hari kedua gak kami telah pegi ke stesen kereta kabel... rasa macam kat genting skway tapi nie lagi gayat beb...
Related Posts with Thumbnails