Monday, December 29, 2008

Awal Muharram 1430 Hijrah

Selamat menyambut tahun baru 1430 hijrah!!
Semoga tahun baru aku diberi kesabaran dan ketaatan yang lebih kepadaMu ya Allah!!
Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat... dilapangkan masa untuk Mu...
Dipermudahkan rezki dan dipanjangkan usia... AMIN

The Spirit







Untuk me release kan tension kat tmpt kerja, kami (my husband, aku & anak buah my husband) telah pergi tgk satu citer yang membuatkan diorang (selain aku) bengang tgk. sampai laki aku bole berdengkur dlm panggung.. citer The Spirit..citer ala2 komik tapi aku bole layan lagi.. kelakar, interesting tapi banyak sangat cakap BUT pada aku ok. Dibintangi oleh Gabriel Macht, Samuel L.Jackson dan Eva Mendes. ingat citer hantu sebab gambar dan tulisan macam menyeramkan tapi.... kalau korang minat tgk citer camnie elok lah g tgk

Thursday, December 25, 2008

Gambar korang bole jadi macam2






Fungsi yang sama macam MagMyPic tetapi ada banyak lagi yang korang bole buat dengan gambar korang dan lebih banyak cover magazine yang bole korang pilih. korang cuma perlu upload gambar dan pilih untuk buat apa dengan gambar korang, sama ada nak switch body (badan orang lain kepala korang) atau letak comic dialog kat gambar korang dan macam2 lagi. Kalau korang nak cuba boleh cuba kat sini.....

Wednesday, December 24, 2008

Budget Planner



Utk anda yang rasa-rasa setiap bulan asyik lari dari budget digalakkan untuk meng'download' budget planner nie. cara mudah just click kat kotak sebelah kiri dan boleh save kat desktop korang.
Dokumen tue akan save dalam format microsoft excel, korang cuma perlu masuk jumlah RM yang perlu kat dalam kotak2 tue sebagai contoh bayaran ansuran kereta dll (dlm english).. lepas dah masukkan duit balance gaji korang akan tertera kat bawah skali.. Utk lebih faham baik korang download Budget Planner (klik kat sini)

Tuesday, December 23, 2008

Mari Belajar Pelbagai Bahasa


Kalau korang nak belajar macam-macam bahasa contohnya French, Spanish dan Tamil ker korang boleh masuk laman web nie Livemocha. Kat sini korang boleh pilih bahasa yang korang nak dan paling penting percuma jer dan selebihnya bergantung kat usaha korang. Sebelum nak start belajar kena sign up dulu. Korang gak boleh berkomunikasi dengan kawan yang belajar bahasa yang sama.

Nak belajar bahasa - Livemocha (klik sini)

Wednesday, December 17, 2008

kangen band


fenomena kangen band kat tempat kerja... actually aku terjumpa lagu nie hujung2 tahun lepas masa cari lagu top Indonesia (bosan dgr lagu tempatan) apa kata download lagu dan dengarkan, memang asyik..bukan membanggakan artis luar tetapi pendekatan yang digunakan ala2 melayu.. amacam ada berani??? download lah mp3 nie...


Kangen Band - Kembali Pulang


Kangen Band - Jangan Menangis Lagi


Kangen Band - Yolanda


Kangen Band - Bintang 14 Hari


Kangen Band - Do'i


Kangen Band - Dinda


Kangen Band - Tentang Jen


Kangen Band - Yakinlah Aku Menjemputmu


Kangen Band - Anugerah


Nie semua dari album Kangen Band "Bintang 14 Hari". Disebabkan lagu Do'i aku pun belilah cd diorang masa pergi Padang, Indonesia. Memang murah lebih kurang RM15 kalau dah sampai M'sia maybe dalam RM25++. Tapi memang tak menghampakan.. jangan dengar lagu2 tue skali kena dgr banyak kali... memang puas hati..Gerenti!

Saturday, December 6, 2008

Rumi to Jawi converter


kepada sesiapa yang nak convert bahasa rumi kepada jawi boleh cuba laman nie..
cuma taip perkataan atau ayat yang nak convert tue dan result akan dapat kat dlm box bawah tue..

kalau nak try ejawi.net (klik sini)

Sunday, November 23, 2008

Padang, Indonesia (Part 2)
















Perjalanan dari Malaysia ke Padang, Indonesia mengambil masa lebih kurang 1 jam..
dari situ kami telah dibawa ke Bukit Tinggi di mana mengambil masa 2 jam dari airport. Dlm perjalanan kami singgah di air terjun ( x ingat nama) memang cantik pemandangan tapi disbbkan hujan renyai kami tak sempat ke tmpt air terjun tue sekadar amik gambar jer..
Pastue kami singgah makan tengahari.. masakan padang memang best!! sesuai citarasa aku.. enak bangat.. yang best skali tour guide yang gelar dirinya 'MAS JOKO' pdi berbahasa malaysia dan tahu perkembangan di Malaysia.. aku memang salute abis r.. yg lucu diajar oleh mas joko adalah kalau nak pesan kopi susu cakap 'kopi nenen'.... mmg terhibur dgn mas joko.
kami telah melawat rumah minang kabau memang cantik binaannya...





Padang, Indonesia


Gambar kat dlm kapal terbang. Pada 22/11 kami sekeluarga telah ke Padang, Indonesia...

Pergh!! First time pegi oversea.. first time naik kapal terbang..

Mmg rasa teruja r .. Pukul 4pg dah bertolak dari Cheras ke LCCT..

Selamat tggl Malaysia.....

Wednesday, November 19, 2008

Hepi BESDAY sayang!!!

Buat daniel..
sorry mama ngn papa bz dgn keje disamping simpang duit nak g Indonesia nnt so bday daniel yg 1 tahun tak sambut,, nasib kecik lagi tak tahu apa2 lagi... anyway mama ngn papa sayang daniel ngan danish. x sambut bukan bererti tak sayang... ye tak???
semoga jadi anak yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat kelak... AMIN

Thursday, November 13, 2008

Azri di ICU

smlm aku g hospital sg. buloh, tgk member lama masuk ICU. nk nangis masa aku g tgk dia... hopefully... dia dapat sedar diri dan sihat semula. aku sentiasa berdoa utk dia..

Sunday, October 26, 2008

Sejarah hidup aku (part 2)


Teringat arwah abah...
Rupa arwah abah ada la iras2 P.ramlee dan saddam hussein. Rasa bangga lah gak sebab ada rupa orang yang terkenal.
Arwah abah meninggal pada tahun 2002 bulan 10 26hb. sebelas hari lepas birthday aku..
aku nie memang anak yang degil masa birthday aku arwah abah ada suruh aku balik dia nak bagi hadiah besar tapi aku nie degil... bak kata orang bila orang tue ada depan mata kita tak hargai tapi bila dah takder baru nak menyesal. Aku memang menyesal sangat sekarang dan dulu sejak dari arwah abah meninggal.. Actually dah genap 6 tahun.
Bila arwah meninggal mama pun asyik nangis jer sampaikan mama ambil keputusan pindah rumah dan ddk di Putrajaya. Aku tahu sebabnya mama asyik ingat arwah pergi keje tak balik2. Arwah abah tak ada sakit apa2 pun masa meninggal, dia meninggal kat tempat kerja jatuh dalam office dan doktor cakap serangan jantung. Masa arwah nak pegi keje pagi tue mama tak sempat nak salam arwah sebab arwah pegi macam tue je.. yang aku plak sehari sblm dia meninggal aku call dia tapi dia bz suruh aku call mak aku plak..........
to be continued

Monday, October 20, 2008

Cita-cita aku...sejarah hidup aku??? (part 1)

korang pernah tak bercita-cita atau teringin nak jadi macam2 tapi hakikatnya sekadar angan2 mat jenin bukan mat jinan (sorry poyo0)... ACTUALLY masa aku kecik aku nak jadi ustazah he..he..he.. kelakarkan?? tapi bila besar ckit aku nak jadi doktor, ceritanya macam nie..
aku sbenarnya seorang bdk yang pendiam (MASA KECIK2 DULU), xder konfiden diri (rasanya ada lagi ckit sampai sekarang), dan cengeng (kuat nangis).. aku ada seorang akak yg beza usia setahun ngn aku memandangkan kami tak jauh jarak bila dia g skola.. aku pun sibuk mcm dia gak.. sibuk nak baca buku.. masa aku tadika (6 tahun) mak aku cakap aku dah pandai baca smpikan cikgu tadika terkejut!! masuk skolah rendah aku mmg pendiam abis dan aku tak reti nak guna duit yg mak aku bagi sampaikan aku dituduh mencuri pada suatu hari sebab ada org hilang duit bila check aku banyak sgt duit, tapi SUMPAH memang aku tak pernah amik duit orang...

Sunday, October 19, 2008

Anugerah Allah


Bila tgk wajah anak2 puas hati.. hilang segala kesusahan.. kegelisahan.. itulah anugerah Allah.

Saturday, October 18, 2008

A trip to umah pijan


Pada 17/10/2008, aku, danish, daniel, poyo ngn fazren g umah pijan kat selama, Perak. 1st time drive jauh beb. Mula2 cuak gak tapi bila lelama drive rasa seronok gak mcm otai beb kat jalan. kami bertolak lebih kurang jam 8.30 pagi lambat ckit dari plan sbb anak aku (danish) sibuk plak memancing dalam bilik air, semalam baru beli pancing tue. kira 'test product' r tue. Kami sampai dlm kul 2+++ ptg kat umah dia tue pun singgah tezco beli hadiah. Bila tgk baby geram jer rasa mcm nak je lagi baby tapi bila pk2 balik dugaan masa nak bersalin memang serik dah.. Takut!!! Maybe in the future kot 4, 5 tahun lagi kalau ada rezki. Pas g umah pijan g umah kakak fazreen plak kat Sg. Siput pasute ujan lebat kami bertolak balik jam 11++ sampai atas kul 2++pagi. LEtih sesangat. Husband aku x ikut ada PC meet plak kat Cameron Highland tggl kami 3 beranak..


Thursday, October 16, 2008

Thanks

Trimas.. to my friend as known as POYO... yang menyambut besday aku pada jam 11.30pm setengah jam lagi masuk kul 12am (16 Okt 08) dan trimas gak pada kengkawan yang menyangka bday aku pada 16 okt... sian kat aku dapat wish lambat..hu..hu...apa2 pun thanks ingat gak korang walaupun silap tarikh ahaks!!




memang sedap r kek yang POYO belikan dari baskin robbins lagi. Best giler tapi yg tak best kene share reramai. Benda sedap kalau share reramai rasa tak cukup je.. ye tak??

Wednesday, October 15, 2008

Besday yang terlampau...

B4 aku nak g keje nie... aku sempat gak update blog aku. Hari ni besday aku dah tua rasanya tapi kalau korang tgk aku mesti ingat aku bdk skolah lagi biasa r awek muda kui..kui.. umur aku tahun nie 27... dah berkeluarga dan ada 2 org anak lelaki yang comel.... hari nie besday yang x best sebab semua orang lupa even my husband pun..Keciwa rasa.. dahlah satu hari tak jumpa hari nie.. japlg dia balik aku lak nak gi keje.. kesian aku kan??? hari nie gak hari malang baru nak hantar krew aku g kelas food safety keta lak tak bole pakai.. suwey btol la.. sian kat diorang sebab aku diorg lmbat sampai kelas.. orang yang wish aku tanpa perlu diingatkan akak aku je... mak aku pun lupa besday aku... sedih aku rasa...

Thursday, October 9, 2008

Kerja atau keluarga???

Aku mengenali seseorang yang menggelarkan dirinya orang yang suka kerja atau 'workaholic'. Aku mengenalinya secara pandangan mata sahaja dan dari percakapan orang. Pada dasarnya memang nampak la yang dia tue suka datang kerja tetapi apa yang aku faham workaholic orang yang gila kerja tapi hakikatnya dia nie gila suruh orang lain buat kerja (yang buat kerja adalah orang lain).
Kita lupakan kisah dia, cuma pertikaiannya di sini mana yang lebih penting kerja atau keluarga?? Ini pandangan aku, apa-apa yang aku lakukan keluarga adalah keutamaan aku, aku sanggup berhabis masa, wang dan lain-lain sebab keluarga sampaikan pernah suatu ketika aku bergaduh dengan boss aku sebab keluarga. Aku dah inform dia awal2 yang aku tak dapat hadiri kelas kerana menguruskan hal keluarga. Aku diarahkan untuk memberitahu orang yang lebih atas dari dia dan aku telah pun berbuat demikian kerana tindakan aku itu aku telah di blacklist oleh bos aku. Pergi matilah bukan dia yang bayar gaji aku, janji aku buat kerja aku. Dia siap sound lagi "Adik beradik lain tak sayang mak kau ker? Kalau betul diorang sayang kenapa tak diaorang yang hantar mak kau uruskan benda tue?" membara aku dengar nasib lah aku banyak sabar kalau tak..... Ibu adalah orang yang penting bagi diri aku dan wajarlah kalau aku lebihkan dia dari kerja aku. Suatu hari nanti bila kita dah mati apa yang kita harapkan dari dunia mestilah kita mengharapkan orang yang masih hidup doakan untuk kita selain dari amalan-amalan kita. Kerja kita nanti takkan dapat mendoakan kita lagipun melambak kerja kat dunia nie tapi keluarga, ibu, anak, suami ada satu tue jer. Renung-renungkanlah...

Thursday, October 2, 2008

Cabaran wanita berkerjaya

Apakah cabaran yang dialami seorang ibu yang berkerjaya?? Salah satu pembahagian masa. Memang tak dinafikan wanita yang berkerjaya dan menguruskan rumahtangga bolehlah dianggap superwomen kerana banyak benda yang perlu dilakukan pada satu-satu masa. Cukuplah aku katakan waktu tidur yang singkat, menguruskan anak dan lain-lain terutamanya bagi wanita yang bekerja syif, mujur aku mempunyai suami yang memahami dan mampu menjaga anak-anak dengan penuh kesabaran. Terima kasih, diucapkan kerana sudi berkongsi susah dan senang bersama. Sebagai contoh lain, mama ku sendiri seorang wanita yang aku anggap superwoman dan tak semua wanita yang seperti nya. Bayangkan balik kerja jam 8 pagi terus sambung kerja di rumah, memasak, kemas rumah, basuh baju dan petang selepas solat Zohor baru berehat dan tidur. Fuh! Aku memang salute abis lah.. dari aku kecik sampai dah berumahtangga susah hendak ku lihat mama ku itu berehat. Begitulah pengorbanan seorang ibu, aku pun tak mampu jadi sepertinya. Paling kurang pun aku mesti tidur sekejap 30 minit ke.. kemudian baru buat kerja yang lain. Pengalaman sebagai seorang ibu amat aku rasai dan sebenarnya memang mencabar bagiku terutama bila bertambah seorang lagi anak yang genap 11 bln 19 Okt ini. Bila kedua-dua anak lelaki faham-fahamlah lasaknya macam mana, memang tak menang tangan dibuatnya. Namun aku bersyukur aku masih mampu menjaga rumahtangga dan kerjaya aku dalam masa yang sama.

Wednesday, October 1, 2008

Syawal tanpa kehadiran suami


Pagi syawal tahun nie tanpa kehadiran suami aku sebab dia sibuk month end kira ending all food & paper.. so kami 3 beranak sambut kat umah mak aku dan lepas sembahyg raya pergi ke Kg Pandamar, Klang umah nenek aku merangkap moyang anak2 aku. Gambar anak aku main bunga api sorang2 pagi syawal... malam tue tak dapat main sbb tido cepat.

Tuesday, September 2, 2008

Kereta oh kereta

Plan utk beli kereta... excited sesangat just wait and see.. Bayangkan dah 2 tahun lebih ada lesen kereta tak pernah bawak... TERUJA!!!!!!!!

Saturday, August 2, 2008

Apple i-phone 3G




handphone idaman aku... asyik terkenang jer.. nak tak nak aku kena kumpul duit gak.. macam bermimpi kalau dapat handphone.. harga memang tak ingat r mahal.. usaha tangga kejayaan!!
Best tentang handphone nie pada aku..
1. wifi boleh access terus dari i-phone
2. sama kegunaan macam ipod bole dengar lagu as same as ipod
3. keypad touch screen
4. access internet ngn lajunya
5. kecik dan nipis
nak tahu lebih lanjut visit kat sini apple i-phone




Sunday, July 20, 2008

Akhirnya....


Fathi (pengantin lelaki) nie member aku masa blaja kat Politeknik. Akhirnya kawin gak dia sbb dia nie mamat yang macam ye2 o jer... cakap pandai.. memang poyo abis lah.. Beb! Slamat Pengantin Baru. Cun gak bini dia..

Wednesday, July 16, 2008

Besday Asmah


Kami menyambut bday asmah tapi yang beria2 sesgt sapa lagi kalau bukan mat poyo....

Thursday, July 3, 2008

Saturday, June 21, 2008

Sunday, June 15, 2008

Hepi Bday Papa!!!

Today bday papa!!! Hepi Besday Sayang.. I Love U So much!!! Aku x wat pape pun utk bday tak tau r nak sambut mcmner lagi...

Sunday, June 8, 2008

Jalan2 cari pengalaman (code: Penang) Hari ketiga




Actually smlm lagi dah g umah P.Ramlee tp smpai2 dah tutup cuma bilik pameran sj buka.. Mmg susah nak cari jalan g sana tue yang lambat so.. hari nie memandangkan kami on the way nak balik KL singgah jap teringin sangat nak tgk umah dia dan apa yg ada kat dalam. Bila tgk gambar P.Ramlee teringat arwah abah memang ada rupa ckit r nnt ada kesempatan aku upload gmbr arwah abah dan org2 terkenal yg serupa muka mcm dia.
Sbenarnya x bole amik gambar kat dalam tapi tak perasan plak dah nak blah baru nampak gambar kamera tak bole.. sorry!!



Saturday, June 7, 2008

Jalan2 cari pengalaman (code: Penang) Hari kedua


Sebelah tengahari (hari kedua), kami ke BUkit Bendera.. Mmg meletihkan ditambah lagi bw si Daniel.. naik cable car yang padat.. sampai atas hujan lah pulak terpaksa tunggu hujan berhenti nasib tak lama.. Kat sana kami shopping ckit barang utk Poyo.. mama aku beli barang untuk cucu2 dan anak bujang sorang lagi yang tak ikut..

Jalan2 cari pengalaman (code: Penang) Hari kedua


Masa yang singkat, sbenarnya x plan nak ke Penang saja bw adik dan mama jalan2. Nie kat Toys Museum terbesar... geram tgk semua toys kat sana.

Friday, June 6, 2008

Jalan2 cari pengalaman (code: Penang)


Pada awal bulan ini kami sekeluarga telah ke PEnang..... baru sampai nie.. jalan2 dulu r

Sunday, June 1, 2008

aku dan diriku

aku & diriku....
seorang suri rumah yang mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki yang comel lagi handsome...
kisah hidup aku banyak yang pahit dari manis...
perjalanan hidup yang penuh ranjau dan onak duri...
agak2 kenapa ek??? (JB style...ek)
dilahirkan dan dibesarkan di sebuah bandar yang aku rasa agak selamat iaitu JOHOR BAHRU...
pada 15 oktober 1981 pada jam 7.27 am...
Mempunyai suami yang agak besar tetapi penyayang, amat mengambil berat, seorang yang sabar dan sanggup membantu dalam menjaga dan membesarkan anak2...
Related Posts with Thumbnails