Sunday, May 20, 2012

Kerna Dia

Lama da cari you tube lagu nie...
Jom Layan
Mood : Jiwa Kacau

Kerna Dia oleh Yasin

Yang Rupawan tiada bandingan
Masyhur namanya di bibir yang bestari
Ingin kukenali
Dan ingin kumengerti

Apa yang perlu
Agar ku dapat bersatu
Setelah kian lama
Terbiar jiwa lara

Yang hilang tercari-cari
Sang puteri semakin kenal dia
Semakin mendalam rasa
Semakin yakin dia
Luruhlah segalanya

Kerana dia....Kugembira
Kerana dia.... Ku bahagia
Kerna dia bermakna
Semuanya hanyalah kerana Dia

Kerana dia... kumabuk rindu
Kerana dia tercabar fitrahku
Kerna dia sebenarnya
Semuanya hanyalah kerana dia



Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Buat cikgu-cikgu, guru-guru, pensyarah-pensyarah di luar sana....Selamat Hari Guru. Teringat plak dekat cikgu Janet, cikgu Qiftiah, cikgu Normala, SRK (P) Bandar Tinggi, Johor Bahru. Dan semua pendidik yang pernah mengajar saya. Terima kasih kerana mengajar saya ilmu yang berguna, semoga segala pengorbanan Allah sahaja yang mampu membalas.

Tema Hari Guru 2012...

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Saturday, May 12, 2012

Untuk Dia Sleeq feat Najwa Latiff

Lagu nie best layan... Jom Kita Layan..



5 Tanda Saka Dalam Keturunan



Masa aku google tetiba plak terjumpa pasal benda ini kat blog http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com. Dan teringat plak apa yang mak aku citer..
95% yang aku tahu betul. So kalu sesapa rasa nak tahu lebih lanjut bole lah korang
berjalan-jalan kat blog dia. Byk citer menarik bole dikongsi bersama.
Ok 5 tanda yang korang ada saka dalam keturunan.
1. Mimpi buruk pada malam yang sama dalam satu keluarga.
2. Mempunyai masalah atau penyakit yang sama dalam satu keluarga..
samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
3. Seseorang mula sakit apabila salah sorang keluarganya meninggal dunia... dan
gejala penyakitnya sama dengan orang yang telah meninggal dunia.
4. Penyakit yang datang serentak dalam kalangan ahli keluarga... atau penyakit
yang seolah-olah bergilir-gilir datang di antara ahli keluarga.
5. Saling membenci di antara ahli keluarga tanpa sebab yang munasabah...
atau..mungkin bermusuhan disebabkan benda yang kecil atau... sebab yang
sengaja diada-adakan.

Ok dengan adanya post nie bole lah korang scan samaada korang nie ada saka ke tidak.....

Thursday, May 10, 2012

The Avengers


Menurut laporan media, The Avengers berjaya mendapat kutipan US 200 juta pada minggu pertama tayangannya sekaligus memecahkan kutipan yang sebelum ini dipegang oleh Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 (US$169.1). (Itu di US sahaja).
Tentu lega bos-bos Marvel sbb da balik modal bayar superstar seperti RDJ, Scarlet Johansson, Chris Hemsworth dan ramai lagi.
P/S : Aku tetap sukakan Iron Man (Robert Downey Jr)


Wednesday, May 9, 2012

Related Posts with Thumbnails