Sunday, September 13, 2009

sakit hati...hati sakit??

Apa beza sakit hati ngn hati sakit..
Pernah tak korang rasa sakit hati yang terlampau..
Rasa cam bullshit sesangat..
Orang yang sakitkan hati kita tue rasa kecik jer kan?? (walaupun sbenarnya dia lagi besar dari kita)
Rasa nak tumbuk jer muka dia..
Sebab bila kita sakit hati kita rasa pedih sangat
ada satu masa tue kita tak dapat tahan untuk mengalirkan air mata.. kerana kita tak ceritakan kat sesapa masalah kita..
Then, ada plak yang akan pk kita nie macam budak kecik
sebab kita menangis..
Sebagai manusia yang berjiwa halus macam aku..
Aku akui dengan menangis dapat mengurangkan rasa sakit hati kita
kerna itu yang mampu kita lakukan. Menangis bukan lah senjata untuk mendapat simpati orang lain tetapi adalah satu luahan perasaan apa yang kita rasa pada masa tue. Pedulikan apa yang orang fikirkan pasal diri kita yang penting kesakitan hati kita akan terubat walaupun bukan 100%....
Pernah suatu masa ada hamba Allah yang aku respect, mempertikaikan kelakuan aku kerana menangis ketika itu, dengan menyebut tentang status aku seorang mama kepada 2 orang anak tak seharusnya menangis..
So terus trang aku katakan, naluri seorang mama adalah lebih halus..
Bila ada orang menceritakan tentang anak2 aku akan terbayang kan anak2 aku yang aku tinggalkan di rumah....
Pengalaman menjadi mama membuat aku lebih menghargai mama aku..

Thursday, September 10, 2009

THE FINAL DESTINATION


smalam aku g tgk wayang cite FINAL DESTINATION..

Rasa terhenti nafas ngan suspennya..

Bole sakit jantung di buatnya...

Mampuih!!


Secalar hatiku...

Ini kisah sedih aku...

Last week mama aku drive keta aku..


Pastue disebabkan dia cakap telepon sambil memandu begini lah jadinya...hu...hu...


Sayu beb!! Dahlah nak raya... Nasib mama aku kalu orang lain..


Lu pk la sendiri!!

Sunday, September 6, 2009

RaSa CiNtA


Aku suka rasa cinta dalam diri aku terutama apabila kita cinta kan seseorang. Cinta tak dapat dibentuk dalam satu hari tetapi berhari-hari... bila kita cintakan seseorang kita akan sentiasa ingin berdamping dengan nya. Rasa ingin sangat tahu apa yang sidia buat.. Bile teringat kan kisah kami bercinta aku tersenyum sendiri betapa besarnya bahana cinta. Aku sanggup berulang alik dari Shah Alam ke Genting semata-mata nak berjumpa dengan dia. Dan dia pun sanggup berulang alik dari Genting ke KL sebab cinta. Bayangkan pagi dah jumpa masa on the way ke Genting malam jumpa lagi bila dia turun dari Genting. Itu before kahwin...sekarang bila dah kahwin aku dan anak2 duduk Semenyih. Dia sanggup berulang alik dari Genting ke Semenyih. That's why aku tahu dia masih cintakan aku dan anak2. Hopefully cinta kami kekal hingga ke syurga.

Saturday, September 5, 2009

Raya...

Bila kita dah semakin dewasa dan berusia, hari raya dah tak membawa banyak erti selain dapat memohon maaf. Tahun nie kami sambut sederhana sangat. Aku pun tak beli baju baru just tempah dua helai baju shj.. budget. Utk anak2 lebih sikit tema baju raya tahun nie 'pink' pergh!! comel2 anak aku pakai baju warna pink pekat. Suar ngn baju diorag pun dah beli tinggal kasut jer.. dekat2 raya jer baru nak beli nnt. Amacam handsome tak anak sulung aku...macam apek kita orang panggil dia 'ala apek'.




Related Posts with Thumbnails