Thursday, October 2, 2008
Cabaran wanita berkerjaya
Apakah cabaran yang dialami seorang ibu yang berkerjaya?? Salah satu pembahagian masa. Memang tak dinafikan wanita yang berkerjaya dan menguruskan rumahtangga bolehlah dianggap superwomen kerana banyak benda yang perlu dilakukan pada satu-satu masa. Cukuplah aku katakan waktu tidur yang singkat, menguruskan anak dan lain-lain terutamanya bagi wanita yang bekerja syif, mujur aku mempunyai suami yang memahami dan mampu menjaga anak-anak dengan penuh kesabaran. Terima kasih, diucapkan kerana sudi berkongsi susah dan senang bersama. Sebagai contoh lain, mama ku sendiri seorang wanita yang aku anggap superwoman dan tak semua wanita yang seperti nya. Bayangkan balik kerja jam 8 pagi terus sambung kerja di rumah, memasak, kemas rumah, basuh baju dan petang selepas solat Zohor baru berehat dan tidur. Fuh! Aku memang salute abis lah.. dari aku kecik sampai dah berumahtangga susah hendak ku lihat mama ku itu berehat. Begitulah pengorbanan seorang ibu, aku pun tak mampu jadi sepertinya. Paling kurang pun aku mesti tidur sekejap 30 minit ke.. kemudian baru buat kerja yang lain. Pengalaman sebagai seorang ibu amat aku rasai dan sebenarnya memang mencabar bagiku terutama bila bertambah seorang lagi anak yang genap 11 bln 19 Okt ini. Bila kedua-dua anak lelaki faham-fahamlah lasaknya macam mana, memang tak menang tangan dibuatnya. Namun aku bersyukur aku masih mampu menjaga rumahtangga dan kerjaya aku dalam masa yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment