Aku mengenali seseorang yang menggelarkan dirinya orang yang suka kerja atau 'workaholic'. Aku mengenalinya secara pandangan mata sahaja dan dari percakapan orang. Pada dasarnya memang nampak la yang dia tue suka datang kerja tetapi apa yang aku faham workaholic orang yang gila kerja tapi hakikatnya dia nie gila suruh orang lain buat kerja (yang buat kerja adalah orang lain).
Kita lupakan kisah dia, cuma pertikaiannya di sini mana yang lebih penting kerja atau keluarga?? Ini pandangan aku, apa-apa yang aku lakukan keluarga adalah keutamaan aku, aku sanggup berhabis masa, wang dan lain-lain sebab keluarga sampaikan pernah suatu ketika aku bergaduh dengan boss aku sebab keluarga. Aku dah inform dia awal2 yang aku tak dapat hadiri kelas kerana menguruskan hal keluarga. Aku diarahkan untuk memberitahu orang yang lebih atas dari dia dan aku telah pun berbuat demikian kerana tindakan aku itu aku telah di blacklist oleh bos aku. Pergi matilah bukan dia yang bayar gaji aku, janji aku buat kerja aku. Dia siap sound lagi "Adik beradik lain tak sayang mak kau ker? Kalau betul diorang sayang kenapa tak diaorang yang hantar mak kau uruskan benda tue?" membara aku dengar nasib lah aku banyak sabar kalau tak..... Ibu adalah orang yang penting bagi diri aku dan wajarlah kalau aku lebihkan dia dari kerja aku. Suatu hari nanti bila kita dah mati apa yang kita harapkan dari dunia mestilah kita mengharapkan orang yang masih hidup doakan untuk kita selain dari amalan-amalan kita. Kerja kita nanti takkan dapat mendoakan kita lagipun melambak kerja kat dunia nie tapi keluarga, ibu, anak, suami ada satu tue jer. Renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment