Sunday, May 31, 2009

pHd

PHD (perasaan hasad dengki)....
Apa yang korang paham mengenai phd..orang yang mempunyai sikap seperti ini adalah manusia yang lebih jijik dari bangkai dan mempunyai hati yang lebih busuk dari najis. Memang kasar bunyinya sekasar orang yang mempunyai sikap seperti ini. Lazimnya orang yang mempunyai phd adalah orang yang suka berpura-pura dan tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Akan ada sahaja taktik dan strategi bagi orang seperti ini untuk menjatuhkan lawannya dan dikala itu satu kehebatan bagi dia jika dapat menghancurkan jiwa dan semangat orang lain. Mereka lebih suka menimbulkan kekacauan dan ingin menunjuk-nunjuk bahawasanya beliau adalah taiko dan juga suka kedamaian bertukar menjadi jiwa kacau yang merobek jiwa. Mereka lebih suka mengkritik orang di belakang dari bersemuka dan memburuk-burukkan orang lain umpama dia sahaja yang betul dan apa yang orang lain buat tak betul.
Begitu sayang sekali sekeping hati yang dijadikan Allah bersih dan suci sewaktu lahir telah bertukar menjadi hitam dan kotor malah kalau dicuci dengan clorox pun belum tentu dapat membersihkan kekotoran itu. Mereka bangga jika ada insan lain yang menderita akibat perbuatan mereka. Tetapi ingat orang seperti ini susah dikenalpasti kerana nampak sama tapi tak serupa. Pernahkah anda terfikir kenapa orang seperti ini suka mengganggu dan mengacau hidup orang lain sedangkan orang lain tak pernah amik tahu pasal hidup mereka.
Hasad dan dengki adalah seperti obor api yang sedang membakar dan menghancurkan masyarakat sedikit demi sedikit. Hasad dan dengki yang lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah. Hasad dan dengki tidak kenal pertalian keluarga. Berapa banyak keluarga yang runtuh akibat perasaan hasad dengki di antara ahli keluarga.
Jika betul kita ada perasaan hasad dengki tersebut, ketahuilah bahawa sebenarnya kita merasa hasad dan dengki terhadap orang yang empunya nikmat tersebut iaitu Allah SWT.
Renung-renungkanlah...

2 comments:

Eii Jun said...

uiks..sape ni yg bdengki2..berapi2 membacenye..huhu

uder said...

sape makan cili dia rasa pedas..he..he..

Related Posts with Thumbnails