Abah...
Sudah 7 tahun
Abah pergi meninggalkan angah
Rasanya baru semalam angah menelefon abah
Bertanyakan tentang abah
Tetapi malam tue abah sibuk
Abah suruh angah telefon mama
Tak sangka itu kali terakhir angah dapat bercakap dengan abah
Abah...
Abah tau tak...
Masa Hari lahir angah 15 Oktober 2002
Abah telefon angah minta angah balik umah
Masa tue angah kerja kat Genting Highland
Angah tak nak balik
Abah cuba jugak pujuk angah
Abah siap cakap abah ada sediakan hadiah besar
Tak sangka hadiah tue memang hadiah paling besar
Dan tak akan angah lupakan sampai bila-bila
Abah tau tak hadiah tue apa??
Hadiah hari pemergian abah pada 26 Oktober
Abah..
Mama ada cerita dengan angah
Abah ada sediakan duit nak belikan angah handphone
Sebenarnya itulah hadiah hari lahir untuk angah
Mama bagi duit yang abah simpan tue pada angah
Mama juga ada cerita pagi tue
Abah nak pergi kerja abah tak jumpa mama dulu
Abah pergi macam tue jer
Mama tak cium pun tangan abah hari tue
Rupa-rupanya hari tue abah nak pergi tinggalkan mama dan kami sekeluarga
Abah...
Sesungguhnya angah sayangkan abah
Maafkan angah kerana buat abah kecewa dan terluka
Setiap hari bila angah sembahyang
Tak pernah lupa untuk angah sedekahkan AlFatihah untuk abah
Abah tau tak???
Masa angah terima panggilan telefon dari mama
Bila dapat tahu berita ketiadaan abah
Angah menangis teresak-esak
Dari Genting Highland sampai ke Johor Bahru
Angah menangis tak putus-putus
Angah tak sangka abah pergi secepat itu
Tak sangka sebab abah tak sakit
Abah...
Masa angah sampai kat masjid tue
Angah sebenarnya tak sanggup lihat sekujur jasad abah
yang terbaring tue
Dan hati angah masa tue berdoa harap semuanya mimpi saja
Tapi angah tabahkan hati jugak
Angah tahan air mata dan cium pipi abah
Abah memang nampak tenang masa tue
Dan malam tue lepas angah sampai
Abah dikebumikan rupa-rupanya semua orang tunggu angah sampai untuk jumpa abah dulu
Angah hantar jasad abah sampai ke liang lahad
Angah menangis lagi bila jasad abah ditanam
Angah sedih sangat angah tak sempat bermanja dengan abah
Tak sempat abah tengok cucu-cucu abah yang comel dan bijak
Abah...
Seminggu lepas abah pergi
Angah masih lagi menangis
Sampaikan angah mimpi abah datang jumpa angah
Abah usap kepala angah tapi abah tak cakap apa-apa
Bila angah teringat abah angah akan ingat saat-saat indah dengan abah
Abah selalu belikan angah nasi goreng ayam kegemaran angah dekat Bukit Chagar kadang-kadang abah belikan angah sampai dua bungkus
Abah hantar angah pergi tuisyen Matematik dekat cikgu Jamal
Sampaikan angah dapat A1 dalam Matematik dan suka subjek tue
Abah bawa kami sekeluarga pergi bercuti dekat Kuala Lumpur
Pergi Zoo negara, Taman Burung
Masa angah sakit kena asma abah selalu dukung angah bawa angah pergi klinik
Angah susah nak bernafas abah sapu Vicks kat dada angah dan tinggikan bantal kat belakang angah
Abah temankan angah masa angah kena amik gas kat klinik
Angah ingat semua tue abah
Dan angah sentiasa ingat abah dan berdoa untuk kesejahteraan abah
Mama pun dah buat haji untuk abah
Mama juga selalu berdoa untuk abah
Akhir kata untuk abah,
I LOVE YOU SO MUCH
Dan terima kasih kerana membesarkan angah yang degil ini
Memberi sepenuh kasih dan sayang dari kecil sampai besar panjang
Sampai akhir hayat ini jasa abah tak mampu angah balas
Rasa macam nak jadi budak kecik jer
Supaya abah sentiasa ada disisi angah
*Pesanan untuk semua..
Sayangilah orang yang masih ada lagi dan hargailah kerana bila dia dah tak ada kita akan rasa menyesal sebab tak sempat sayang dan hargai dia semasa hidupnya. Ingat keluarga lebih penting dari kerja!!
2 comments:
sedey weeeeeeeeeei
Aku menangis masa taip waaaaaaaaaaaa
Post a Comment