Friday, October 29, 2010

Bagaimana dengan abah??


Kita sering rindukan mama kita tetapi kita lupa pada abah kita....

Mungkin sebab mama selalu call kita tanya khabar kita tapi sebenarnya abah yang selalu ingatkan mama untuk call kita...

Mungkin sebab bila kita menangis nak kan permainan mama akan memujuk kita, tetapi abah akan tetap katakan tidak sebab abah tak nak kita manja bila setiap kali apa yang kita nak kita dapat...

Bila kita remaja...

Kita minta izin abah untuk ke luar malam, dan abah dengan tegas mengatakan "Tidak".. Tahukah kita, abah melakukan itu untuk menjaga kita. Kerana bagi abah kita sangat-sangat luar biasa berharga..

Tetapi kita marah pada abah dan berlari masuk ke dalam bilik...dan mama juga la yang datang memujuk kita.. Tahukah kita pada saat itu, abah memejamkan mata dan menahan perasaannya, bahawa abah sangat ingin mengikut kemahuan kita, tapi sebenarnya dia ingin menjaga kita.

Ketika kita mulai mengenal seorang lelaki, abah akan buat muka 'cool'. Sedarkah kita sebenarnya abah kita sedang cemburu??

Disaat abah mula percayakan kita, abah benarkan kita keluar malam tetapi kita balik lewat. Maka abah sangat bimbang dan menunggu kepulangan kita. Bila kita balik, abah akan marah kita..sedarkah kita bahawa hal yang sangat abah takuti akan tiba juga iaitu "Kita akan pergi meninggalkan abah"

Setelah habis tingkatan lima, abah akan paksa kita untuk sambung belajar lagi. Ketahuilah, abah buat macam tue untuk masa depan kita.

Ketika kita meningkat dewasa, dan harus pergi sambung belaja dan meninggalkan abah, Tahukah kita bahawa abah merasa sangat kaku untuk memeluk kita? Abah hanya tersenyum dan menasihati kita untuk berhati-hati dan menjaga diri. Padahal abah ingin sekali menangis seperti mama dan memeluk kita erat-erat.

Di saat kita memerlukan wang untuk membiayai yuran semester dan untuk kehidupan kita, orang pertama yang mengerutkan kening adalah abah kita. Abah akan berusaha keras untuk memenuhi permintaan kita.

Saat kita mengambil ijazah kita, abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita. Abah akan tersenyum bangga dan puas melihat "puterinya sudah menjadi seseorang".

Sampai satu saat seorang lelaki datang ke rumah dan meminta izin dari abah untuk mengambil kita darinya. Abah sangat berhati-hati memberi izin kerana abah tahu...

Bahawa lelaki itu yang akan menggantikan tempatnya.

Dan akhirnya, saat kita bersanding di atas pelamin, abah pun tersenyum bahagia. Adakah kita tahu, di hari yang bahagia itu abah sebenarnya menangis?

Abah menangis kerana abah sangat bahagia, kemudian abah akan berdoa dalam doanya abah berkata "Ya Allah ya Tuhanku, puteri yang kucintai telah menjadi wanita dewasa yang cantik, bahagiakanlah ia bersama suaminya.

Ayah, abah, papa atau daddy kita insan yang harus selalu terlihat kuat....Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...

Dia harus terlihat tegas walaupun disaat dia ingin memanjakan kita



No comments:

Related Posts with Thumbnails