Episode 57
Saturday, October 30, 2010
Friday, October 29, 2010
Bagaimana dengan abah??
Kita sering rindukan mama kita tetapi kita lupa pada abah kita....
Mungkin sebab mama selalu call kita tanya khabar kita tapi sebenarnya abah yang selalu ingatkan mama untuk call kita...
Mungkin sebab bila kita menangis nak kan permainan mama akan memujuk kita, tetapi abah akan tetap katakan tidak sebab abah tak nak kita manja bila setiap kali apa yang kita nak kita dapat...
Bila kita remaja...
Kita minta izin abah untuk ke luar malam, dan abah dengan tegas mengatakan "Tidak".. Tahukah kita, abah melakukan itu untuk menjaga kita. Kerana bagi abah kita sangat-sangat luar biasa berharga..
Tetapi kita marah pada abah dan berlari masuk ke dalam bilik...dan mama juga la yang datang memujuk kita.. Tahukah kita pada saat itu, abah memejamkan mata dan menahan perasaannya, bahawa abah sangat ingin mengikut kemahuan kita, tapi sebenarnya dia ingin menjaga kita.
Ketika kita mulai mengenal seorang lelaki, abah akan buat muka 'cool'. Sedarkah kita sebenarnya abah kita sedang cemburu??
Disaat abah mula percayakan kita, abah benarkan kita keluar malam tetapi kita balik lewat. Maka abah sangat bimbang dan menunggu kepulangan kita. Bila kita balik, abah akan marah kita..sedarkah kita bahawa hal yang sangat abah takuti akan tiba juga iaitu "Kita akan pergi meninggalkan abah"
Setelah habis tingkatan lima, abah akan paksa kita untuk sambung belajar lagi. Ketahuilah, abah buat macam tue untuk masa depan kita.
Ketika kita meningkat dewasa, dan harus pergi sambung belaja dan meninggalkan abah, Tahukah kita bahawa abah merasa sangat kaku untuk memeluk kita? Abah hanya tersenyum dan menasihati kita untuk berhati-hati dan menjaga diri. Padahal abah ingin sekali menangis seperti mama dan memeluk kita erat-erat.
Di saat kita memerlukan wang untuk membiayai yuran semester dan untuk kehidupan kita, orang pertama yang mengerutkan kening adalah abah kita. Abah akan berusaha keras untuk memenuhi permintaan kita.
Saat kita mengambil ijazah kita, abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita. Abah akan tersenyum bangga dan puas melihat "puterinya sudah menjadi seseorang".
Sampai satu saat seorang lelaki datang ke rumah dan meminta izin dari abah untuk mengambil kita darinya. Abah sangat berhati-hati memberi izin kerana abah tahu...
Bahawa lelaki itu yang akan menggantikan tempatnya.
Dan akhirnya, saat kita bersanding di atas pelamin, abah pun tersenyum bahagia. Adakah kita tahu, di hari yang bahagia itu abah sebenarnya menangis?
Abah menangis kerana abah sangat bahagia, kemudian abah akan berdoa dalam doanya abah berkata "Ya Allah ya Tuhanku, puteri yang kucintai telah menjadi wanita dewasa yang cantik, bahagiakanlah ia bersama suaminya.
Ayah, abah, papa atau daddy kita insan yang harus selalu terlihat kuat....Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...
Dia harus terlihat tegas walaupun disaat dia ingin memanjakan kita
Thursday, October 28, 2010
Memang Saya Tak Pandai Masak
Memang saya tak pandai masak tapi saya bukan tak nak belajar cuma masa, keadaan dan tempat tidak mengizinkan. Nak tahu kenapa saya tak pandai masak sebab...
1. Saya anak kedua, anak pertama adalah kakak saya so saya malas nk tolong mama saya masak sebab kakak saya ada dia la kena buat semua (sorry along).
2. Sebab dapur umah kami kecik...kata akula. Hehehe kalau aku tolong nnt sempit la dapur lagi so baik aku lepak tgk tv atau tido.
3. Saya sibuk belajar dari kecik sampai tingkatan 5..pastue saya duduk asrama sampai la saya da kawen...
Tapi...jgn salahkan saya sbb bila saya masak dia makan je sedap tak sedap dia telan. Kalaulah salah satu syarat wajib nk pilih isteri mesti pandai masak kompom saya tak kawen sampai sekarang dan kompom berhempas pulas belaja masak sebab nk kawen.
Tapi....
Berapa ramai lelaki @ suami kat luar sana yg boleh mengimamkan keluarga??? Kalau syarat yang sama diletakkan kompom ramai lelaki bujang sampai tua...hahahahaha
So...renung-renungkanla...
Wednesday, October 27, 2010
Tuesday, October 26, 2010
Sunday, October 24, 2010
Saturday, October 23, 2010
Friday, October 22, 2010
Bila Pengalaman Tak Mendewasakan
Sekadar coretan untuk diri sendiri dan yang sudi membaca......
Dalam hidup ini sepanjang perjalanan jatuh bangunnya kita ada sebab-sebab tertentu kerana sesungghnya hidup kita telah Tuhan tentukan. Kita sekadar memainkan watak sahaja, sebenarnya kitalah pelakon yang paling hebat untuk hidup kita.
Pernahkah kita melakukan kesalahan yang sama berulang kali??
Jawapannya Ya...dan setiap kali itulah kita berjanji untuk tidak melakukannya lagi. Dan setiap kali itulah kita diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dan membetulkan kesalahan kita. Tetapi godaan duniawi memang amat kuat, hanya diri kita sendiri yang mampu mengubahnya. Pernah seorang sahabat berkata "Untuk seseorang berubah dari baik kepada jahat amat mudah tetapi untuk berubah dari jahat kepada baik amat susah"
Kita sendiri yang perlu pilih perjalanan hidup kita. Kawan?? sekadar peneman sepanjang perjalanan dan kerana kawan juga membentuk diri kita. Pernah aku terdengar seorang penceramah mengatakan jika kita berkawan dengan mat rempit orang akan cakap kita mat rempit...kalau berkawan dengan mat pit orang akan cakap kita mat pit..kalau kita berkawan dengan golongan terpelajar nescaya kita pun akan dipandang begitu....Kadang-kadang kita terlupa dengan siapa kita berkawan....
Thursday, October 21, 2010
Wednesday, October 20, 2010
Ada apa dengan putu??
Aku menulis post nie sbb tetiba teringat dan teringin untuk makan putu mayam tapi tak tahu nak cari kat mana?? Nie semua gara-gara Cik Nurul Ain kita yang update status kat facebook dia dapat makan putu mayam. Bila aku teringat balik masa aku kecik-kecik memang ada India bawa moto jual putu mayam (pengalaman duduk di Polis Depoh, Johor Bahru)dan memang selalu arwah abah aku belikan putu mayam hehehehe. Kiranya antara breakfast kegemaran aku masa kanak-kanak.
Putu mayam makanan tradisional orang India biasanya dimakan denga gula melaka atau gula merah dan kelapa parut.
Putu bambu pulak diperbuat daripada tpung ubi yang berintikan gula melaka. Nama dia bambu sebab diletak dalam kelongsong yang diperbuat daripada buluh. Tapi kenapa tak nama putu buluh erk??
Putu piring sama juga dengan putu bambu tapi bentuk berbeza macam piring. Kalau lah nama dia putu pinggan....ish pelik bunyinya!!
*semua gambar adalah dari google image
Putu mayam makanan tradisional orang India biasanya dimakan denga gula melaka atau gula merah dan kelapa parut.
Putu bambu pulak diperbuat daripada tpung ubi yang berintikan gula melaka. Nama dia bambu sebab diletak dalam kelongsong yang diperbuat daripada buluh. Tapi kenapa tak nama putu buluh erk??
Putu piring sama juga dengan putu bambu tapi bentuk berbeza macam piring. Kalau lah nama dia putu pinggan....ish pelik bunyinya!!
*semua gambar adalah dari google image
Tuesday, October 19, 2010
Saturday, October 16, 2010
Thursday, October 14, 2010
Anna Raffali Kalau Berpacaran
Aku suka sangat lagu nie....
Lirik dan lagu yg sempoi
Lirik dan lagu yg sempoi
Nyanyian Sohaimi Mior Hassan & Anna Raffali & Altimet
Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x
Nie plak kalau korang nk download lagu Kalau Berpacaran.mp3
Wednesday, October 13, 2010
Ek...eleh Baran ke??
Gi ar mampos....ko ingat ko je bley wat mcm tue?? Abes aku ni tunggul je ke??
Ko pk ko sapa?? Celaka betol ar dia nie?? Bak datang ar... Opsss!! Terlebih suda..........Nie contoh ayat orang yg tgh marah, baran dan sewaktu dengannya..
Aku just nk bagi tips tapi aku pun jarang-jarang sangat nk buat sebab aku pun baran gak so aku try utk hadapi dan sekarang rasanya 80% bole atasi ar...
1.Jangan lawan cakap org yg tgh marah2 sbb apa?? Sbb sbnrnya dia tgh meluahkan ketidakpuasan hatinya ...so ingat JGN LAWAN, DGR JE dulu
2.Jangan pandang lain atau jauhkan diri kenapa erk??? Sbb dia nak perhatian sbnrnya kalu bole tunjukkan yg korang dgr apa yg dia cuba sampaikan
3.Rasa nak marah je minum air sejuk dan jangan lupa istighfar byk2
4.Better diam ketika marah atau korang g tgh2 padang cakap sorang2
bukan bermakna korang gile tp korang lepaskan kemarahan
5.Ubah posisi dari diri terus duduk sbb....Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring" (Riwayat Muslim)
6.Berwudhuk...Rasulullah SAW bersabda : "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)
Tuesday, October 12, 2010
Bab 1: Cari aku di facebook
Bab 1
Cinta...apa yg aku tahu tentang cinta...
Kegembiraan, kepahitan,kesedihan dan perkongsian.
Terlalu meluas sebenarnya skop cinta ini.
Cinta merupakan perasaan yang lahir dari hati yang akan mendorong
seseorang untuk bertindak kepada yang baik dan buruk.
Bila aku baca diruangan akhbar kerana cemburu kekasih sanggup
bunuh pasangannya, bunuh diri kerana cinta??
Aduh!Hebat sangat ke cinta sampaikan mereka sanggup bertindak diluar dugaan???
Kalau lah cinta bisa buat aku kaya ingin sekali aku bercinta
Cinta...apa yg aku tahu tentang cinta...
Kegembiraan, kepahitan,kesedihan dan perkongsian.
Terlalu meluas sebenarnya skop cinta ini.
Cinta merupakan perasaan yang lahir dari hati yang akan mendorong
seseorang untuk bertindak kepada yang baik dan buruk.
Bila aku baca diruangan akhbar kerana cemburu kekasih sanggup
bunuh pasangannya, bunuh diri kerana cinta??
Aduh!Hebat sangat ke cinta sampaikan mereka sanggup bertindak diluar dugaan???
Kalau lah cinta bisa buat aku kaya ingin sekali aku bercinta
Friday, October 8, 2010
Thursday, October 7, 2010
Wednesday, October 6, 2010
Sunday, October 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)