Rama meminta Kirana mengikuti kursus keperibadian dan dia tak mampu untuk menolak. Kirana kemudiannya diperkenalkan dengan kedua gurunya iaitu Pak Suryo dan Madam Ella. Pada mulanya Kirana telah berputus asa dengan semua pelajaran yang diikutinya. Tetapi setelah mendengar ucapan Galang yang merendah-rendahkannya, Kirana telah bertekad untuk mengikuti pelajaran sehingga berjaya mengubah hidupnya. Dengan bersusah payah, Kirana mengikuti semua pelajaran. Galang dalam diam-diam memerhatikan Kirana dan sering mentertawakannya. Namun setelah melihat usaha Kirana yang tak kenal putus asa, Galang akhirnya bersimpati.
Rama menerima undangan untuk menghadiri suatu majlis. Rama telah menyuruh Galang mengajak Kirana ke majlis tersebut sebagai calon tunangnya. Riana yang mengetahui hal ini bengang. Kebetulan Riana terjumpa Aida yang ingin membelikan gaun untuk Kirana, lalu Riana sengaja memilihkan gaun yang old fashion. Madam Ella yang melihat gaun itu telah menukar gaun yang lain dan membuat 'make over' kepada Kirana.
Berkat dari dandanan Madam Ella, Kirana nampak cantik dan anggun. Galang telah terpesona dengan kecantikan Kirana. Galang dan Kirana lalu pergi bersama Rama dan Aida. Di majlis tersebut, Riana yang bengang melihat Galang dengan Kirana telah melakukan sesuatu untuk memalukan Kirana. Dan disebabkan itu, Kirana telah menampar seorang lelaki di malis tersebut dan memalukan Rama. Kirana yang sedih berlari ke keluar dari majlis tersebut dan menangis. Galang yang kasihan melihat Kirana telah pergi untuk memujuknya.

No comments:
Post a Comment