Selepas abis sinetron 'Benci Bilang Cinta' pada 10hb Ogos..diganti pula dengan sinetron 'Cinta Kirana', before this ak mmg tak tgk pun sinetron indonesia tetapi disebabkan cuti bersalin layan la gak...after all not bad la..
Para Pelakon :
Randy Pangalila sebagai Galang
Nia Ramadhani sebagai Kirana
Kiky Farell sebagai Baim
Marwa Tsania sebagai Riana
Mama Dahlia sebagai Jihan, mama Baim
Yatty Surachman sebagai Nenek Sita
Arthur Tobing sebagai Kakek Rama
Erly Ashy sebagai Nenek Aida
Emma Waroka sebagai Sandra
Sinetron ini mengisahkan tentang Kirana seorang gadis yang cantik tetapi mempunyai sikap yang kasar dan berani mengatakan tidak jika tak pus hati terhadap sesuatu yg tidak disukainya. Kirana dan Galang selalu terserempak dan akan berlaku kejadian yang tidak diingini antara mereka berdua. Satu hari Galang telah terlanggar kirana menyebabkan dia terjatuh dan basikalnya rosak...dan pada saat inilah Kirana telah menampar Galang kerana Galang telah mentertawakannya. Galang yang sangat kesal pula selalu bercerita dengan kakeknya Rama.
Kerana kegopohan Galang membawa kereta kakeknya Rama menyediakan pemandu utk Galang. Dan ketika Galang ingin bertemu Riana (kekasihnya) pemandunya telah terlanggar Sita (nenek Kirana) dan Kirana marah kerana yang menguruskan segala adalah si pemandu bukan Galang. Kirana telah pergi ke rumah Galang dan secaratidak sengaja telah memarahi kakek Rama kerana mnyangka dia yang berada di dalam kereta ketika kejadian. Kakek Rama telah ke hospital dan bermula pertemuan antara kakek Rama dan Sita yang sebenarnya bekas kekasihnya yang terpisah kerana keadaan.Rama yang menyukai Kirana berniat menjodohkan Kirana dengan Galang dan telah berjanji kepada Sita utk menjodohkan mereka berdua.
Sementara itu, Riana meminta Galang utk memperkenalkan dia kepada Kakek dan Neneknya, kalau tidak dia akan memutuskan hubungan. Galang bersetuju dan akhirnya mereka bertemu. Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan hati, Rama tetap mahu Galang bertemu dengan Kirana. Kirana pula telah dipaksa bertemu Galang oleh neneknya dan pertemuan mereka selalu berakhir dengan pergaduhan....
Untuk mengetahui lebih lanjut jom kita follow sinetron ini
ASTRO RIA, ISNIN - JUMAAT 6.30PTG
No comments:
Post a Comment