Tuesday, August 17, 2010

Cinta Kirana Episod 5

Kerana kesal dengan sikap Aida dan Galang, Rama telah meninggalkan rumah. Aida terkejut kerana tidak menyangka Rama akan bersikap sedemikian. Aida kemudian meminta Galang mencari Kirana supaya Rama kembali pulang. Galang yang mencari Kirana telah terserampak dengan Baim, Baim bertanya kenapa Kirana keluar dari rumah, tetapi Galang tidak mahu menceritakan. Sedang mereka bertengkar tiba-tiba datang seorang budak memberitahu bahawa kirana sedang diganggu oleh sekumpulan lelaki. Bai dan Galang bergegas ke tempat kejadian, dan menyelamatkan Kirana. Galang meminta Kirana mengikutnya pulang tetapi Kirana menolak menyebabkan Galang pulang terus tanpa mmbawa Kirana.

Apabila mendapat tahu Galang tidak membawa Kirana pulang, Aida sangat sedih, dia telah hilang selera nafsu makan. Galang kemudian mencuba sekali lagi meminta Kirana mengikutnya pulang. Sita terkena serangan jantung setelah mendapat tahu Kirana keluar dari rumah Rama. Ini menyebabkan Kirana mengambil keputusan untuk pulang ke rumah Galang. Kirana dan Galang kemudian menjemput Rama.

Aida, Galang dan Riana berniat memalukan Kirana didepan Rama, tetapi akhirnya perbuatan mereka terbalik, yang malu kemudiannya adalah Riana. Riana meninggalkan rumah Galang kerana merasa dipermalukan oleh kirana. Aida dan Galang kemudian menyatakan kepada Rama tentang sikap dan peribadi Kirana dan ini Rama telah mendapat idea untuk mengubah peribadi Kirana. Kirana terkejut mendengar niat Rama.

Bersambung.............

No comments:

Related Posts with Thumbnails