Monday, August 16, 2010

Cinta Kirana Episod 4

Galang terkejut melihat Kirana berada di dalam rumahnya. Walaupun berasa tidak senang tetapi Galang tidak berbuat apa-apa. Sementara Riana dan Sandra telah membuat rancangan supaya Galang melamar dan memberikan cincin kepada Riana. Untuk mengambil hati Rama dan Aida, Riana telah datang ke rumah Galang tanpa pengetahuan Galang. Tetapi Rama bersikap dingin kepadanya manakala Aida melayannya dengan baik sekali. Apabila Riana mengetahui Kirana berada di rumah itu beliau bertindak melanggar Kirana hingga barang-barang yang dibawanya hampir terjatuh. Disebabkan mulut Riana, Kirana tidak dapat menahan kemarahan dan menyimbah air ke Riana menyebabkan bajunya basah dan Aida membela Riana manakala Rama membela Kirana.
Riana memaksa Galang untuk memberitahu Rama bahawa dia sudah melamar Riana dan mengugut untuk tidak berjumpa selagi tidak diberitahu. Ini menyebabkan Galang risau dan dalam masa yang sama Kirana mendapat tahu Baim telah datang tetapi dihalau oleh Galang maka terjadi pertengkaran mulut antara Galang dan Kirana. Aida telah terdengar percakapan Kirana terhadap Galang dan beliau bertindak memarahi dan menghina Kirana. Disebabkan sakit hati dengan kata-kata Aida, Kirana bertindak keluar dari rumah. Rama marah dan mengatakan selagi Kirana tidak balik dia pun akan keluar dari rumah itu.

Bersambung.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails