Monday, June 29, 2009

Penang lagi!!




Tak tau nape kami suka g Penang maybe sebab suasana.. tapi aku teringin nak g muzium perang. Keadaan tak mengizinkan maybe kalu kuar ngan member2 bole kot sebab ada anak2 kecik rasanya tak sesuai pegi tempat camtue. Dapat gak release tension keje... satu tempat jer kami g AKUARIUM.. tgk ikan pun tenang apa??


Sunday, June 28, 2009

Hepi Besday Mama


Buat my mom Salmah Binti Mohd Sharif..

Hepi Besday.. I love u so much

Thursday, June 25, 2009

Desa Waterpark





Hari nie aku bawa dua hero aku g Desa Waterpark. Actually store2 area Jamilah yang p tapi aku saje jer join tapi x join mandi ngan diorang, aku layan kerenah anak2 lagi baik. Daniel memang berani abis sampaikan gelongsor pun nak turun sendiri bayangkan budak baru 1 tahun 7 bulan dah sibuk2 nak main gelongsor tentulah aku risau tapi aku lepaskan gak.. dah cuba skali nak lagi. Aku layan jer kerenah dia. Dalam hati aku berdetik gak apa punya berani giler lah anak aku sorang nie. Yang si abang plak, Danish penakut naik gelongsor pun terjerit2 takut nak turun. Sampaikan meniarap turun gelongsor takut punyer pasal. Dua hero aku nie badan pun dah gelap terbakar kena panas nasib tak mandi laut.

Tuesday, June 23, 2009

Sejarah Hidup aku (Part 4)

Aku memang budak yang diam2 ubi berisi (cheh! masuk bakul angkat sendiri plak). Dari darjah satu sampai darjah empat aku pendiam abis. Tetiba naik darjah enam aku jadi budak kecoh plak. First sebab ada kengkawan yang memang satu kepala. Aku masih ingat lagi classmate aku asyik kena pow ngan aku jerk tapi memang dia baik giler ngan aku, slalu pow dia 10hinggit sebab bapa dia bagi duit banyak g skolah. Aku slalu bangun kul 5pg, 5.45 dah tunggu bas nak g skolah. Sampai skola pagi giler jam 6.30pg. Setiap hari cikgu english aku akan bagi soalan kena jawab 100. Disebabkan aku slalu datang awal kelau keje tak siap memang tiru member aku yang cina tadi tapi thanks to all my friend and teacher di Sekolah Kebangsaan (P)Bandar Tinggi, Johor Bahru (1989-1993) sebab dengan tenang mengajar aku sampai aku dapat 4A masa UPSR. Especially cikgu Janet (cikgu english aku). Cikgu memang best. Rindu zaman2 skolah dulu, kenangan ngan kengkawan, cikgu2, arwah abah.. Cepatnya masa berlalu..... Kalau ada sesapa kat luar sana terbaca entri nie dan pernah blajar satu class ngn aku tahun 1989-1993 pls keep in touch..Maybe aku tak ingat nama korang tapi ingat rupa korang!!!

Tuesday, June 16, 2009

Jangan Salahkan Orang Lain

Tiba-tiba aku teringat aku pernah menghadapi suatu situasi di mana apa yang aku buat, husband aku yang dipersalahkan. Itulah payahnya kalau suami isteri kerja dalam satu company. Apa yang si suami atau isteri buat mentaliti orang akan fikir husband dia lah ajar tue. Kalau benda yang baik tak kisah lah kan?? Tapi mulut orang, yang baik2 nampak sipi2 jer kalau yang buruk2 nampak semua. Kadang2 aku fikir jugak lah kenapalah ada orang macam nie kat dunia nie. Yang lebih aku hairan bin ajaib bin pelik tue kalau orang yang macam tue lelaki!! Real cakap first time sepanjang 28tahun aku hidup aku jumpa orang lelaki macam tue. Memang terkezut abis. Susah kalau orang yang jenis kawan makan kawan nie. Biasanya orang nie depan kita baik tak berani cakap, belakang mulut dia la paling power (ye ar kalau cakap depan mau makan penumbuk tak makan plak nasi sebulan). Kalau ar orang yang macam nie, terbaca entri nie kompom menggelabah, hati dan jiwa dah mula kacau sakit hati sebagaimana hati2 orang yang dia pernah kacau pastue mulalah mengaibkan aku sebab tulis benda2 nie. Ingat brother! Malaysia nie demokrasi apa aku nak tulis ker apa ker kalau ko tak wat tak yah menggelabah mengamuk2 macam beruk termakan cili. He..he.. dapat aku bayangkan! Aku sbenarnya malas nak pikir pasal kata-kata orang g ar mam...Tapi kalu sudah kacau periuk nasi aku sendiri mau ingat ar. Tak yah jawab kat dunia kat akhirat jawab ar. Dunia bolelah lepas ramai orang back up kat akhirat sendiri mau back up ar.

Monday, June 15, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang


Hari nie ulang tahun suami aku.

Tarikh sama gak dengan adik aku..

So just wanna wish both of u happy birthday..

Smoga panjang umur murah rezki.

Sunday, June 14, 2009

Buat abah sempena hari bapa

Abah...
Sudah 7 tahun
Abah pergi meninggalkan angah
Rasanya baru semalam angah menelefon abah
Bertanyakan tentang abah
Tetapi malam tue abah sibuk
Abah suruh angah telefon mama
Tak sangka itu kali terakhir angah dapat bercakap dengan abah

Abah...
Abah tau tak...
Masa Hari lahir angah 15 Oktober 2002
Abah telefon angah minta angah balik umah
Masa tue angah kerja kat Genting Highland
Angah tak nak balik
Abah cuba jugak pujuk angah
Abah siap cakap abah ada sediakan hadiah besar
Tak sangka hadiah tue memang hadiah paling besar
Dan tak akan angah lupakan sampai bila-bila
Abah tau tak hadiah tue apa??
Hadiah hari pemergian abah pada 26 Oktober

Abah..
Mama ada cerita dengan angah
Abah ada sediakan duit nak belikan angah handphone
Sebenarnya itulah hadiah hari lahir untuk angah
Mama bagi duit yang abah simpan tue pada angah
Mama juga ada cerita pagi tue
Abah nak pergi kerja abah tak jumpa mama dulu
Abah pergi macam tue jer
Mama tak cium pun tangan abah hari tue
Rupa-rupanya hari tue abah nak pergi tinggalkan mama dan kami sekeluarga

Abah...
Sesungguhnya angah sayangkan abah
Maafkan angah kerana buat abah kecewa dan terluka
Setiap hari bila angah sembahyang
Tak pernah lupa untuk angah sedekahkan AlFatihah untuk abah
Abah tau tak???
Masa angah terima panggilan telefon dari mama
Bila dapat tahu berita ketiadaan abah
Angah menangis teresak-esak
Dari Genting Highland sampai ke Johor Bahru
Angah menangis tak putus-putus
Angah tak sangka abah pergi secepat itu
Tak sangka sebab abah tak sakit

Abah...
Masa angah sampai kat masjid tue
Angah sebenarnya tak sanggup lihat sekujur jasad abah
yang terbaring tue
Dan hati angah masa tue berdoa harap semuanya mimpi saja
Tapi angah tabahkan hati jugak
Angah tahan air mata dan cium pipi abah
Abah memang nampak tenang masa tue
Dan malam tue lepas angah sampai
Abah dikebumikan rupa-rupanya semua orang tunggu angah sampai untuk jumpa abah dulu
Angah hantar jasad abah sampai ke liang lahad
Angah menangis lagi bila jasad abah ditanam
Angah sedih sangat angah tak sempat bermanja dengan abah
Tak sempat abah tengok cucu-cucu abah yang comel dan bijak

Abah...
Seminggu lepas abah pergi
Angah masih lagi menangis
Sampaikan angah mimpi abah datang jumpa angah
Abah usap kepala angah tapi abah tak cakap apa-apa
Bila angah teringat abah angah akan ingat saat-saat indah dengan abah
Abah selalu belikan angah nasi goreng ayam kegemaran angah dekat Bukit Chagar kadang-kadang abah belikan angah sampai dua bungkus
Abah hantar angah pergi tuisyen Matematik dekat cikgu Jamal
Sampaikan angah dapat A1 dalam Matematik dan suka subjek tue
Abah bawa kami sekeluarga pergi bercuti dekat Kuala Lumpur
Pergi Zoo negara, Taman Burung
Masa angah sakit kena asma abah selalu dukung angah bawa angah pergi klinik
Angah susah nak bernafas abah sapu Vicks kat dada angah dan tinggikan bantal kat belakang angah
Abah temankan angah masa angah kena amik gas kat klinik
Angah ingat semua tue abah
Dan angah sentiasa ingat abah dan berdoa untuk kesejahteraan abah
Mama pun dah buat haji untuk abah
Mama juga selalu berdoa untuk abah
Akhir kata untuk abah,
I LOVE YOU SO MUCH
Dan terima kasih kerana membesarkan angah yang degil ini
Memberi sepenuh kasih dan sayang dari kecil sampai besar panjang
Sampai akhir hayat ini jasa abah tak mampu angah balas
Rasa macam nak jadi budak kecik jer
Supaya abah sentiasa ada disisi angah


*Pesanan untuk semua..
Sayangilah orang yang masih ada lagi dan hargailah kerana bila dia dah tak ada kita akan rasa menyesal sebab tak sempat sayang dan hargai dia semasa hidupnya. Ingat keluarga lebih penting dari kerja!!




Thursday, June 11, 2009

Rayuan Nurani


Jom layan nasyid plak. Actually dalam banyak2 lagu aku prefer nasyid espc dari kumpulan Nahwan Nur (masa zaman2 Nasation nyanyi) suara Nasation nie memang unik bagi aku. Rayuan Nurani adalah lagu dari kumpulan Saff One (bekas ahli Nahwan Nur). Dalam lagu nie gak ada suara Nasation tapi yang penting syahdu gak ar layan lagu nie. Kalau hayati lirik dia pun syahdu, tahniah wat Munif yang mencipta lirik dan lagu nie. Antara favorite aku sepanjang zaman.


RAYUAN NURANI
Diantara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia
Sebagai khalifah mentadbir dunia ini
Juga sebagai hamba
Nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa
Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada Pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku
Dimana..dimana kuberada
Dimana..dimanakah diriku
Adakah di jalan lurus
Atau di jalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan kujalan kebenaran
Kutahu jalan bahgia penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan padaku
Demi mendapat keredhaan darimu
Sanggup kutempuhi jalan yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api nerakamu
Kalau nak lebih feel lagi

Closing Yang Terlampau

Aku enjoy keje kat cni bukan sebab sesapa sebab krew yang giler2..
Aku pun layan jer janji keje korang siap tapi trus trang cakap ar kalau bos tau mati aku kene tapi stor dah tutup kan, sesekali nak gak release tension. Tak salah kan??

Wednesday, June 10, 2009

LEADERSHIP


Apa yang dimaksudkan dengan 'Leadership'? Sabda Rasulullah S.A.W "Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya". Rasulullah merupakan seorang pemimpin agung. Sahabat akan rasa selamat bersamanya. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu walaupun masih terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya saja sudah terurai satu masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan berbincang dengan pemimpin berjiwa kental baru dapat idea untuk selesaikan sesuatu masalah. Untuk menjadi seorang pemimpin juga kita haruslah berani. Berani pun mestilah bertempat bukan berani tanpa ilmu dan juga berani tanpa akhlak. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benar-benar berani adalah yang berjaya mengawal kemarahan". Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik asas utama ialah boleh dan mampu control orang. Mampu satukan setiap orang dalam organisasi untuk mencapai suatu objektif. Control orang bukan bermakna menjadikan seseorang itu hamba abdi yang boleh dimaki dan dicaci. Ramai pemimpin biasanya tersilap cara bagaimana ingin menguasai orang. Setiap orang berlainan sifat dan sebagai pemimpin anda haruslah tahu cara ingin menegur atau membentuk seseorang. Jangan anggap cara penerimaan seseorang sama. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang setiap kata-katanya mampu dituruti oleh orang lain tanpa ada perdebatan dan jika ada yang tidak berpuas hati dia mampu menerima pendapat. NOBODY PERFECT!! Jika ada seseorang dalam organisasi memberontak sebagai pemimpin perlu mencari punca berlakunya masalah itu. Kita memang tak boleh ubah personaliti seseorang tetapi kita mampu ubah sikap dan diri kita. Jika perubahan itu boleh membawa ke arah yang lebih baik untuk organisasi, diri atau keluarga kita tak salah untuk berubah. Ingat kita harus pimpin menggunakan akal bukan nafsu amarah. Orang yang tak dapat menahan marah lebih baik jangan jadi pemimpin!

Monday, June 8, 2009

Sharpen The Saw

Lepas jer aku abis kelas asyik guna kata Stephen Covey jer...
Salah satunya adalah "Sharpen The Saw". Kalau ikutkan memang banyak masa kita terbuang dengan kerja cubalah fikir-fikirkan balik masa yang diberi 9 jam kenapa kita mesti extend sampai jadi 12 jam?? So memandangkan aku cuti sabtu dan ahad nie aku telah mengambil peluang nie habiskan masa dengan family aku kat Cheras. Rasa seronok jumpa adik beradik lain sebelum nie memang susah nak jumpa..Sabtu kami pergi kenduri kawin umah jiran pastu g makan kat JJ Balakong..Ahad plak balik umah nenek aku kat Klang pastue g umah sedara aku kawin plak.. Lepak2 ngan makcik aku ngan nenek aku suatu aktiviti yang aku rasa "Sharpen The Saw" gak ar..susah nak explain pasal "Sharpen The saw" nie..

Saturday, June 6, 2009

Hepi Besday Naim







Hari nie besday Naim (anak kakak) so Along aku bawa kami sekeluarga g makan2 kat Pizza Hut kat Balakong..

Thursday, June 4, 2009

Circle Of Concern

Pernahkah anda selalu terfikir apa yang orang lain akan katakan terhadap anda. Jangan pedulikan jika bos kita sering katakan yang kita ini tidak bagus. Sesetengah bos berkemungkinan besar akan memburuk-burukkan kita walaupun setelah kita tiada dalam organisasi mereka. Jika ini berlaku jangan putus asa, laksanakan lah tugas kita dengan bersungguh-sungguh dan sehabis baik. Suatu hari nanti orang lain akan hargai hasil kerja kita. Pedulikan kata-kata orang!! Tetapi jangan salah faham kadangkala kita perlu tanya pendapat orang mengenai diri kita, apa yang perlu kita buat untuk memperbaiki diri kita atau memperbaiki apa yang kita lakukan.

Wednesday, June 3, 2009

Terminator Salvation


Again, seperti ketagihan wayang aku ngan husband g tgk wayang citer TERMINATOR SALVATION. Kali nie mamat tue tak tido sebab citer nie penuh aksi sampaikan aku rasa jantung aku cam berhenti berdegup bila aksi ganas berlaku.. suspens beb tak boring dan best giler pada aku. Mula2 ada sedikit confuse ngan watak si Sam Worthington as Marcus Wright dalam filem tue sebabnya aku budget dia hero lain selain John Connor (sebab aku rasa John Connor akan mati dalam citer nie) pastue tak sangka plak dia nie sbenarnya half robot dan half human.. kiranya citer nie banyak benda yang tak disangka2.. kalau korang nak rasa apa yang aku rasa atau korang macam teragak2 betul ker apa dia nie cakap atau betol ke apa yang orang lain cakap ker..Senang korang g tgk sendiri dan rasa sendiri perasaan korang..

he..he..

Monday, June 1, 2009

FeeL vALued

Thanks a Lot to my Store manager for her support and this is the first time i feel value working here. Early in the morning i get sms from her.. she say morning and hope i enjoy in the class and also say good luck and take care. Thanks again!
Related Posts with Thumbnails