Sunday, October 26, 2008

Sejarah hidup aku (part 2)


Teringat arwah abah...
Rupa arwah abah ada la iras2 P.ramlee dan saddam hussein. Rasa bangga lah gak sebab ada rupa orang yang terkenal.
Arwah abah meninggal pada tahun 2002 bulan 10 26hb. sebelas hari lepas birthday aku..
aku nie memang anak yang degil masa birthday aku arwah abah ada suruh aku balik dia nak bagi hadiah besar tapi aku nie degil... bak kata orang bila orang tue ada depan mata kita tak hargai tapi bila dah takder baru nak menyesal. Aku memang menyesal sangat sekarang dan dulu sejak dari arwah abah meninggal.. Actually dah genap 6 tahun.
Bila arwah meninggal mama pun asyik nangis jer sampaikan mama ambil keputusan pindah rumah dan ddk di Putrajaya. Aku tahu sebabnya mama asyik ingat arwah pergi keje tak balik2. Arwah abah tak ada sakit apa2 pun masa meninggal, dia meninggal kat tempat kerja jatuh dalam office dan doktor cakap serangan jantung. Masa arwah nak pegi keje pagi tue mama tak sempat nak salam arwah sebab arwah pegi macam tue je.. yang aku plak sehari sblm dia meninggal aku call dia tapi dia bz suruh aku call mak aku plak..........
to be continued

Monday, October 20, 2008

Cita-cita aku...sejarah hidup aku??? (part 1)

korang pernah tak bercita-cita atau teringin nak jadi macam2 tapi hakikatnya sekadar angan2 mat jenin bukan mat jinan (sorry poyo0)... ACTUALLY masa aku kecik aku nak jadi ustazah he..he..he.. kelakarkan?? tapi bila besar ckit aku nak jadi doktor, ceritanya macam nie..
aku sbenarnya seorang bdk yang pendiam (MASA KECIK2 DULU), xder konfiden diri (rasanya ada lagi ckit sampai sekarang), dan cengeng (kuat nangis).. aku ada seorang akak yg beza usia setahun ngn aku memandangkan kami tak jauh jarak bila dia g skola.. aku pun sibuk mcm dia gak.. sibuk nak baca buku.. masa aku tadika (6 tahun) mak aku cakap aku dah pandai baca smpikan cikgu tadika terkejut!! masuk skolah rendah aku mmg pendiam abis dan aku tak reti nak guna duit yg mak aku bagi sampaikan aku dituduh mencuri pada suatu hari sebab ada org hilang duit bila check aku banyak sgt duit, tapi SUMPAH memang aku tak pernah amik duit orang...

Sunday, October 19, 2008

Anugerah Allah


Bila tgk wajah anak2 puas hati.. hilang segala kesusahan.. kegelisahan.. itulah anugerah Allah.

Saturday, October 18, 2008

A trip to umah pijan


Pada 17/10/2008, aku, danish, daniel, poyo ngn fazren g umah pijan kat selama, Perak. 1st time drive jauh beb. Mula2 cuak gak tapi bila lelama drive rasa seronok gak mcm otai beb kat jalan. kami bertolak lebih kurang jam 8.30 pagi lambat ckit dari plan sbb anak aku (danish) sibuk plak memancing dalam bilik air, semalam baru beli pancing tue. kira 'test product' r tue. Kami sampai dlm kul 2+++ ptg kat umah dia tue pun singgah tezco beli hadiah. Bila tgk baby geram jer rasa mcm nak je lagi baby tapi bila pk2 balik dugaan masa nak bersalin memang serik dah.. Takut!!! Maybe in the future kot 4, 5 tahun lagi kalau ada rezki. Pas g umah pijan g umah kakak fazreen plak kat Sg. Siput pasute ujan lebat kami bertolak balik jam 11++ sampai atas kul 2++pagi. LEtih sesangat. Husband aku x ikut ada PC meet plak kat Cameron Highland tggl kami 3 beranak..


Thursday, October 16, 2008

Thanks

Trimas.. to my friend as known as POYO... yang menyambut besday aku pada jam 11.30pm setengah jam lagi masuk kul 12am (16 Okt 08) dan trimas gak pada kengkawan yang menyangka bday aku pada 16 okt... sian kat aku dapat wish lambat..hu..hu...apa2 pun thanks ingat gak korang walaupun silap tarikh ahaks!!




memang sedap r kek yang POYO belikan dari baskin robbins lagi. Best giler tapi yg tak best kene share reramai. Benda sedap kalau share reramai rasa tak cukup je.. ye tak??

Wednesday, October 15, 2008

Besday yang terlampau...

B4 aku nak g keje nie... aku sempat gak update blog aku. Hari ni besday aku dah tua rasanya tapi kalau korang tgk aku mesti ingat aku bdk skolah lagi biasa r awek muda kui..kui.. umur aku tahun nie 27... dah berkeluarga dan ada 2 org anak lelaki yang comel.... hari nie besday yang x best sebab semua orang lupa even my husband pun..Keciwa rasa.. dahlah satu hari tak jumpa hari nie.. japlg dia balik aku lak nak gi keje.. kesian aku kan??? hari nie gak hari malang baru nak hantar krew aku g kelas food safety keta lak tak bole pakai.. suwey btol la.. sian kat diorang sebab aku diorg lmbat sampai kelas.. orang yang wish aku tanpa perlu diingatkan akak aku je... mak aku pun lupa besday aku... sedih aku rasa...

Thursday, October 9, 2008

Kerja atau keluarga???

Aku mengenali seseorang yang menggelarkan dirinya orang yang suka kerja atau 'workaholic'. Aku mengenalinya secara pandangan mata sahaja dan dari percakapan orang. Pada dasarnya memang nampak la yang dia tue suka datang kerja tetapi apa yang aku faham workaholic orang yang gila kerja tapi hakikatnya dia nie gila suruh orang lain buat kerja (yang buat kerja adalah orang lain).
Kita lupakan kisah dia, cuma pertikaiannya di sini mana yang lebih penting kerja atau keluarga?? Ini pandangan aku, apa-apa yang aku lakukan keluarga adalah keutamaan aku, aku sanggup berhabis masa, wang dan lain-lain sebab keluarga sampaikan pernah suatu ketika aku bergaduh dengan boss aku sebab keluarga. Aku dah inform dia awal2 yang aku tak dapat hadiri kelas kerana menguruskan hal keluarga. Aku diarahkan untuk memberitahu orang yang lebih atas dari dia dan aku telah pun berbuat demikian kerana tindakan aku itu aku telah di blacklist oleh bos aku. Pergi matilah bukan dia yang bayar gaji aku, janji aku buat kerja aku. Dia siap sound lagi "Adik beradik lain tak sayang mak kau ker? Kalau betul diorang sayang kenapa tak diaorang yang hantar mak kau uruskan benda tue?" membara aku dengar nasib lah aku banyak sabar kalau tak..... Ibu adalah orang yang penting bagi diri aku dan wajarlah kalau aku lebihkan dia dari kerja aku. Suatu hari nanti bila kita dah mati apa yang kita harapkan dari dunia mestilah kita mengharapkan orang yang masih hidup doakan untuk kita selain dari amalan-amalan kita. Kerja kita nanti takkan dapat mendoakan kita lagipun melambak kerja kat dunia nie tapi keluarga, ibu, anak, suami ada satu tue jer. Renung-renungkanlah...

Thursday, October 2, 2008

Cabaran wanita berkerjaya

Apakah cabaran yang dialami seorang ibu yang berkerjaya?? Salah satu pembahagian masa. Memang tak dinafikan wanita yang berkerjaya dan menguruskan rumahtangga bolehlah dianggap superwomen kerana banyak benda yang perlu dilakukan pada satu-satu masa. Cukuplah aku katakan waktu tidur yang singkat, menguruskan anak dan lain-lain terutamanya bagi wanita yang bekerja syif, mujur aku mempunyai suami yang memahami dan mampu menjaga anak-anak dengan penuh kesabaran. Terima kasih, diucapkan kerana sudi berkongsi susah dan senang bersama. Sebagai contoh lain, mama ku sendiri seorang wanita yang aku anggap superwoman dan tak semua wanita yang seperti nya. Bayangkan balik kerja jam 8 pagi terus sambung kerja di rumah, memasak, kemas rumah, basuh baju dan petang selepas solat Zohor baru berehat dan tidur. Fuh! Aku memang salute abis lah.. dari aku kecik sampai dah berumahtangga susah hendak ku lihat mama ku itu berehat. Begitulah pengorbanan seorang ibu, aku pun tak mampu jadi sepertinya. Paling kurang pun aku mesti tidur sekejap 30 minit ke.. kemudian baru buat kerja yang lain. Pengalaman sebagai seorang ibu amat aku rasai dan sebenarnya memang mencabar bagiku terutama bila bertambah seorang lagi anak yang genap 11 bln 19 Okt ini. Bila kedua-dua anak lelaki faham-fahamlah lasaknya macam mana, memang tak menang tangan dibuatnya. Namun aku bersyukur aku masih mampu menjaga rumahtangga dan kerjaya aku dalam masa yang sama.

Wednesday, October 1, 2008

Syawal tanpa kehadiran suami


Pagi syawal tahun nie tanpa kehadiran suami aku sebab dia sibuk month end kira ending all food & paper.. so kami 3 beranak sambut kat umah mak aku dan lepas sembahyg raya pergi ke Kg Pandamar, Klang umah nenek aku merangkap moyang anak2 aku. Gambar anak aku main bunga api sorang2 pagi syawal... malam tue tak dapat main sbb tido cepat.
Related Posts with Thumbnails