Monday, August 16, 2010

Cinta Kirana Episod 4

Galang terkejut melihat Kirana berada di dalam rumahnya. Walaupun berasa tidak senang tetapi Galang tidak berbuat apa-apa. Sementara Riana dan Sandra telah membuat rancangan supaya Galang melamar dan memberikan cincin kepada Riana. Untuk mengambil hati Rama dan Aida, Riana telah datang ke rumah Galang tanpa pengetahuan Galang. Tetapi Rama bersikap dingin kepadanya manakala Aida melayannya dengan baik sekali. Apabila Riana mengetahui Kirana berada di rumah itu beliau bertindak melanggar Kirana hingga barang-barang yang dibawanya hampir terjatuh. Disebabkan mulut Riana, Kirana tidak dapat menahan kemarahan dan menyimbah air ke Riana menyebabkan bajunya basah dan Aida membela Riana manakala Rama membela Kirana.
Riana memaksa Galang untuk memberitahu Rama bahawa dia sudah melamar Riana dan mengugut untuk tidak berjumpa selagi tidak diberitahu. Ini menyebabkan Galang risau dan dalam masa yang sama Kirana mendapat tahu Baim telah datang tetapi dihalau oleh Galang maka terjadi pertengkaran mulut antara Galang dan Kirana. Aida telah terdengar percakapan Kirana terhadap Galang dan beliau bertindak memarahi dan menghina Kirana. Disebabkan sakit hati dengan kata-kata Aida, Kirana bertindak keluar dari rumah. Rama marah dan mengatakan selagi Kirana tidak balik dia pun akan keluar dari rumah itu.

Bersambung.....

OST Cinta Kirana



Disebabkan sinetron cinta kirana lagu ni jadi popular balik. Bagi yang layan cinta kirana apa kata layan plak lagu dia...


Dia Milikku -Yovie & Nuno




www.syok.org

Bagi kaki wayang yang tak sempat nak ke panggung tapi berkeinginan menonton filem terkini berulang-ulang. Apa kata korang download kat www.syok.org kebanyakan filem terkini senang je bole dapat.

Sunday, August 15, 2010

Cinta Kirana Episod 1 hingga 3


Selepas abis sinetron 'Benci Bilang Cinta' pada 10hb Ogos..diganti pula dengan sinetron 'Cinta Kirana', before this ak mmg tak tgk pun sinetron indonesia tetapi disebabkan cuti bersalin layan la gak...after all not bad la..




Para Pelakon :

Randy Pangalila sebagai Galang
Nia Ramadhani sebagai Kirana
Kiky Farell sebagai Baim
Marwa Tsania sebagai Riana
Mama Dahlia sebagai Jihan, mama Baim
Yatty Surachman sebagai Nenek Sita
Arthur Tobing sebagai Kakek Rama
Erly Ashy sebagai Nenek Aida
Emma Waroka sebagai Sandra


Sinetron ini mengisahkan tentang Kirana seorang gadis yang cantik tetapi mempunyai sikap yang kasar dan berani mengatakan tidak jika tak pus hati terhadap sesuatu yg tidak disukainya. Kirana dan Galang selalu terserempak dan akan berlaku kejadian yang tidak diingini antara mereka berdua. Satu hari Galang telah terlanggar kirana menyebabkan dia terjatuh dan basikalnya rosak...dan pada saat inilah Kirana telah menampar Galang kerana Galang telah mentertawakannya. Galang yang sangat kesal pula selalu bercerita dengan kakeknya Rama.


Kerana kegopohan Galang membawa kereta kakeknya Rama menyediakan pemandu utk Galang. Dan ketika Galang ingin bertemu Riana (kekasihnya) pemandunya telah terlanggar Sita (nenek Kirana) dan Kirana marah kerana yang menguruskan segala adalah si pemandu bukan Galang. Kirana telah pergi ke rumah Galang dan secaratidak sengaja telah memarahi kakek Rama kerana mnyangka dia yang berada di dalam kereta ketika kejadian. Kakek Rama telah ke hospital dan bermula pertemuan antara kakek Rama dan Sita yang sebenarnya bekas kekasihnya yang terpisah kerana keadaan.Rama yang menyukai Kirana berniat menjodohkan Kirana dengan Galang dan telah berjanji kepada Sita utk menjodohkan mereka berdua.


Sementara itu, Riana meminta Galang utk memperkenalkan dia kepada Kakek dan Neneknya, kalau tidak dia akan memutuskan hubungan. Galang bersetuju dan akhirnya mereka bertemu. Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan hati, Rama tetap mahu Galang bertemu dengan Kirana. Kirana pula telah dipaksa bertemu Galang oleh neneknya dan pertemuan mereka selalu berakhir dengan pergaduhan....






Untuk mengetahui lebih lanjut jom kita follow sinetron ini


ASTRO RIA, ISNIN - JUMAAT 6.30PTG

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan..smoga ramadhan ini penuh makna buat anda dan keluarga.
Related Posts with Thumbnails