Saturday, November 6, 2010

Syok ke menipu dan ditipu??

Ini adalah kisah benar dan ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Eh! Terasa ke?? Maaf ye... Kalau terasa tak disengajakan...Untuk bacaan umum lebih-lebih lagi pada yang gemar menipu.

Syok ke menipu??? Memang syok kalau tak kantoi lagi syok..betol tak?? Rasa kalau tak menipu satu hari tak kenyang sebab menipu tue dah jadi tabiat dan rutin macam makan gak kalau sehari tak makan rasa lapar kan?? Kadang-kadang orang menipu tue untuk menutup kesalahan sendiri , senang cakap kalau playboy la comfirm menipu kan??? Maklumlah semua dia nak...tapi bila da kantoi menipu mulalah gelabah terpaksa plak menipu lagi untuk tutup penipuan yang sebelum tue. Aisey bila nak habis??? Tahukah korang menipu nie sikap orang munafik?? Mmmm memang tahu tapi buat-buat tak tahu...Cakap pandai lah kan?? Macam la kau tak pernah menipu?? Memang kita semua pernah menipu tapi berpada-pada la jangan sampai semua yang kita cakap menipu je...bila dah jadi tabiat susah pulak nak buang. Itu takpe tapi bila orang yang selalu korang tipu tak percayakan korang plak da jadi satu masalah kan??? Macam mana nak bagi kepercayaan dia balik kat kita??? Pandai menipu pandai-pandailah fikir!!

Habis...apa pulak perasaan orang yang ditipu?? Syok gak ke macam orang yang menipu?? Syok sangat rasa macam nak lempang je muka orang yang tipu kita tue...betul tak?? Selama mana pun orang yang menipu tue, TUHAN tue maha adil betul tak?? Kadang-kadang si penipu nie apa punya Bodoh la, semalam cakap lain bila tanya hari nie lain plak sendiri kantoikan diri..hahahaha kelaka kan??

So untuk penipu-penipu di luar sana....jangan jadi bodoh kantoikan diri sendiri bila orang sekeliling dah tak percaya macam mana?? Bukan senang nak kembalikan kepercayaan orang lain jadi lebih baik berkata yang benar walaupun menyakitkan.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik jihad ialah berkata benar walaupun di hadapan raja yang zalim".

kerana...diantara org2 yg disayangi Allah adalah org yg sentiasa bercakap benar....
wallahua'lam.....

1 comment:

asyraf said...

cukup utk menyedarkn aku..thanx ude

Related Posts with Thumbnails