PHD (perasaan hasad dengki)....
Apa yang korang paham mengenai phd..orang yang mempunyai sikap seperti ini adalah manusia yang lebih jijik dari bangkai dan mempunyai hati yang lebih busuk dari najis. Memang kasar bunyinya sekasar orang yang mempunyai sikap seperti ini. Lazimnya orang yang mempunyai phd adalah orang yang suka berpura-pura dan tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Akan ada sahaja taktik dan strategi bagi orang seperti ini untuk menjatuhkan lawannya dan dikala itu satu kehebatan bagi dia jika dapat menghancurkan jiwa dan semangat orang lain. Mereka lebih suka menimbulkan kekacauan dan ingin menunjuk-nunjuk bahawasanya beliau adalah taiko dan juga suka kedamaian bertukar menjadi jiwa kacau yang merobek jiwa. Mereka lebih suka mengkritik orang di belakang dari bersemuka dan memburuk-burukkan orang lain umpama dia sahaja yang betul dan apa yang orang lain buat tak betul.
Begitu sayang sekali sekeping hati yang dijadikan Allah bersih dan suci sewaktu lahir telah bertukar menjadi hitam dan kotor malah kalau dicuci dengan clorox pun belum tentu dapat membersihkan kekotoran itu. Mereka bangga jika ada insan lain yang menderita akibat perbuatan mereka. Tetapi ingat orang seperti ini susah dikenalpasti kerana nampak sama tapi tak serupa. Pernahkah anda terfikir kenapa orang seperti ini suka mengganggu dan mengacau hidup orang lain sedangkan orang lain tak pernah amik tahu pasal hidup mereka.
Hasad dan dengki adalah seperti obor api yang sedang membakar dan menghancurkan masyarakat sedikit demi sedikit. Hasad dan dengki yang lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah. Hasad dan dengki tidak kenal pertalian keluarga. Berapa banyak keluarga yang runtuh akibat perasaan hasad dengki di antara ahli keluarga.
Jika betul kita ada perasaan hasad dengki tersebut, ketahuilah bahawa sebenarnya kita merasa hasad dan dengki terhadap orang yang empunya nikmat tersebut iaitu Allah SWT.
Renung-renungkanlah...
Sunday, May 31, 2009
Saturday, May 30, 2009
Night At The Museum 2
Menonton wayang seolah-olah telah menjadi hobi aku ngn suami mana taknya seminggu skali mesti pegi tgk wayang punya. Sbenarnya plan nak tgk citer TERMINATOR tapi penuh last2 kami tgk citer 'Night at The Museum 2'. Tapi yang aku bengang laki aku bole bantai tido plak dalam panggung tue sebabnya dia tak suka tgk citer yang banyak cakap tapi tak banyak aksi lawan2 so far aku enjoy sebab citer dia kelakar terutama bila semua patung2 tue hidup.. aku pun bukannya pandai ulas citer bebanyak kalau korang nak puas hati ape kata tgk filem tue sendiri.. tak pon cuba korang try masuk kat cni Night at The Museum ada ar ckit previu pasal filem nie
Thursday, May 21, 2009
Syurga Cinta
Hari nie pas balik keje jer aku, suami, alang ngn my son danish g tgk citer "Syurga Cinta". Baiknyer cakap aku memang layan ar cite tue best beb ada komedi dan macam2 kiranya ada input ar.. Terus terang ar cakap aku dah tangkap cintan ngan lakonan shaheizy sam walaupun part dia ciput jer.. Tapi bila dengar khabar angin orang cakap pelakon syurga cinta si Awal tue gay macam tak percaya lak anyway lakonan yang mantap.. Terutama bila cakap pasal keagamaan ada ar gak terasa memang bagus ar citer dia....baik korang gak tengok citer nie.. sure tak menyesal tak tipu punyer..
Thursday, May 14, 2009
McD Shuffle @ work
Aku memang suka bebudak aku yang kepala giler2 sampaikan time keje pun bole wat giler tapi kalau la boss ternampak mati ler... Tapi korang memang best ar walaupun sbenarnya tak pandai shuffle... rindunya kat korang....
Wednesday, May 13, 2009
Irwan Syah - Camelia
Aku minat cara irwan syah nyanyi lagu nie... dan melodi dia ada sedikit kemelayuan.. kalau korang rasa korang minat gak mai lah download lagu kat bawah nie..
Irwan Syah - Camelia.mp3
Actually lagu nie ciptaan Dodhy (Kangen Band) sebab tue lah lagunyer ala2 melayu ckit. Seperti sedia maklum, aku suka kumpulan kangenband..
Irwan Syah - Camelia.mp3
Actually lagu nie ciptaan Dodhy (Kangen Band) sebab tue lah lagunyer ala2 melayu ckit. Seperti sedia maklum, aku suka kumpulan kangenband..
Thanks For All Of U
Begitu cepat masa berlalu, setelah 7 tahun bekerja di Genting Highlands aku akan transfer ke Bangi.. Actually memang dah plan tapi tak sangka secepat ini but i take it as a positive maybe ada agenda orang atasan tapi terus terang aku katakan aku tak dilayan 'in proper' untuk transfer. My boss sit down dgn aku tapi bukan bercakap pasal transfer atau macam mana jadual aku kat sana tapi lebih kepada luahan hati dia sendiri.. apa punya orang lah kan.. siap ungkit pasal kenaikan pangkat.. tapi aku bersyukur sampai dia saat akhir aku still boleh mempertahankan kesabaran aku.. Alhamdulillah...tapi aku amat rindukan suasana krew yang memahami kat Genting.. Love u all kalau panjang umur kita jumpa lagi..
Sunday, May 10, 2009
Saturday, May 9, 2009
Happy mother's day
Tuesday, May 5, 2009
Bully cheat codes
This is my favourite game utk PS2. Aku dah main sampai chapter IV tapi anak aku dah ter'delete' aku punyer save game.. so terpaksa main semula.. tengah syok2 main dvd plak calar terpaksa ar aku beli masuk nie dah 2 kali beli dvd baru..Games nie lebih kurang macam Grand Thief Auto (sebab company yang sama gak buat) tapi game nie sikit ar sopan dari GTA.. Aku lagi prefer BULLY dari GTA. Part paling susah bagi aku stakat nie English class sampai kena bukak kamus.. tapi aku ada cheat codes utk kelas tue next time aku bagi plak cheat code lain...(kalau nak senang korang bukak jer laman bawah nie..
cheat code for bully ps2 (klik sini)ENGLISH CLASS 1 (ELMOLW)- utk pass jawap 7 words
Ell, Elm, Low, Mel, Mew, Mol, Mow, Ole, Owe, Owl, Lowe, Meow, Mole, Moll, Well, Mellow
ENGLISH CLASS 2 (THFSGI)- utk pass jawap 14 words
Fig, Fit, His, Hit, Its, Sit, Figs, Fish, Fist, Fits, Gift, Gist, Hits, Sift, Sigh, This, Fight, Gifts, Shift, Sight, Fights
ENGLISH CLASS 3 (ELISSM)- utk pass jawap 15 words
Elm, Ism, Lei, Lie, Mil, Elms, Isle, Isms, Leis, Less, Lies, Lime, Mess, Mile, Mils, Miss, Semi, Sims, Slim, Isles, Limes, Miles, Seism, Semis, Slimes, Slims, Smile, Smiles
ENGLISH CLASS 4 (RAOCYN)- utk pass jawap 19 words
Any, Arc, Can, Car, Cay, Con, Coy, Cry, Nay, Nor, Oar, Ran, Ray, Roc, Yon, Corn, Cory, Cyan, Racy, Roan, Yarn, Acorn, Corny, Crony, Rayon,Crayon
ENGISH CLASS 5 (DGRAGE)-utk pass jawap 22 words
Age, Are, Dag, Ear, Egg, Era, Erg, Gad, Gag, Rag, Red, Aged, Dare, Dear, Drag, Dreg, Egad, Gage, Gear, Grad, Rage, Read, Agger, Grade, Raged, Dagger, Ragged
*kan bagus kalau ada BULLY games kat PSP plak....
Subscribe to:
Posts (Atom)