Tuesday, February 3, 2009

DOA


Selain usaha dan tawakal, doa ialah
satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu
hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab
untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-
Semasa Lailatul-Qadar.
Ketika hujan turun.
Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
Di tengah malam.
Di antara azan dan iqamah.
Ketika sujud dalam solat.
Ketika iktidal akhir dalam solat.
Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal
dan sepertiga akhir (waktu sahur).
Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana
mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa)
yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari
pada hari Jumaat.
Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

No comments:

Related Posts with Thumbnails