Friday, July 22, 2011

Runaway...


Rasa x sanggup da hadapi semua nie....Argh!!!!!!!!!!!!! Kalau lah mampu aku nk lari jauh-jauh...

Monday, July 18, 2011

Final Destination 5

FD5 dijangka berada di pawagam August nie...Cukuplah tgk FD4 aku da rasa terhenti pernafasan seketika macam nk kena sakit jantung pun ada...Agak-agakla FD5 mcm mana plak erk??? starting pun da nak pengsan aku tgk...
Xcaya korag tgk ar trailer dia nie...amacam ada brani??





No matter where you hide...you can’t cheat death

Saturday, July 16, 2011

Bini Biniku Gangster "Lu Langsi Wa Kawin Lagi"

Sejak akhir-akhir nie...byk betol cerita pasal gangster...
'Kongsi'... 'KL Gangster'... dan yang akan datang dan buat aku teruja nak tengok adalah filem nie... 'Bini Biniku Gangster'..ala-ala 'my wife is a gangster' dan pastinya kelakar..
Pergh!! Serasi dengan jiwa aku...
Filem ini dijangka berada di pawagam pada 22 September 2011..

Jom Layan Trailer dia dulu..




Thursday, July 7, 2011

Murid Tadika Jadi Tebusan Di Muar


Kejadian ini berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak Serikids Taman Sg Abong, Jalan Sakeh, Muar dan seramai 4 org guru dan 30 kanak-kanak berada ditempat kejadian.
Seorang lelaki bersenjatakan parang telah menjadikan mereka sebagai tebusan dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan. Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi. Lelaki itu mendesak polis menyerahkan sepucuk pistol automatik jika tidak kanak-kanak tersebut
akan dibunuh. Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspek dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang. Suspe
k itu juga meminta makanan, semasa makanan diambil dua trak UTK (Unit Tindakan Khas) memasuki kawasan berkenaan.


Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika tersebut. Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah dan dibawa keluar dengan ambulans.

Tuesday, July 5, 2011

Kelab Jutawan


Mesti korang tertanya-tanya...Betul ke nie?? Bole percaya ker??
Sebelum korang lebih banyak tanya, biar aku bagitau...
Setiap apa yang kita lakukan perlukan usaha. Betul tak??
MLM misalnya kenapa anda cakap menipu??? Sedangkan
kemahuan anda tidak benar-benar mahu. Saya ada seorang rakan
yang aktif di dalam MLM, usaha pertama yang beliau lakukan
mencari downline tanpa henti dan nampak usahanya berbaloi. Sekarang
da pakai BMW pun, tapi yang aku pelik ngn sesetengah orang siap
cakap menyesal kena tipu tapi sebenarnya mereka tak berusaha.
So...dengan berbekal modal yang anda mampu moh la kita sama-sama cuba
kelab jutawan nie. Comfirm balik modal + untung. Tapi yang nie bukan MLM
hah....hehhehheh

Sunday, July 3, 2011

Demonstrasi BERSIH 2.0



Demonstrasi BERSIH 2.0 atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil dirancang untuk berhimpun pada 9 Julai 2011 ini. Telah pun dikategorikan 'Perhimpunan Haram', penganjurnya tetap nak jugak buat kononnya untuk merealitikan perjuangan BERSIH iaitu bagi membersihkan sistem pilihanraya Malaysia dari pelbagai isu yang menjejaskan kepercayaan pengundi dan rakyat 1Malaysia keseluruhannya.



Dipetik dari blog AL_BAKISTANI 'demonstrasi merupakan alat moden untuk mencegah kemungkaran pemerintah yang berlaku dalam sesebuah negara....' katanya la... adoyai nie kata2 orang yang xde akal dan hanya bertindak mengikut nafsu jer...
guna la otak ckit...demonstrasi byk mendatangkan kerugian dari keuntungan mgkin untung pun pada pihak2 tertentu yang ada agenda politik...aku menentang habis-habisan demonstrasi yang kononnya BERSIH nie....
Cuba difikir dan renung sejenak apakah yang kita dapat jika menyertai Perhimpunan BERSIH nie???? Apa pun takde.. selain negara akan kacau bilau dan menjurus kepada kekacauan dan yang pastinya majoriti yang akan berhimpun adalah orang MELAYU adoyai kenapa la kaum aku sendiri mudah terpedaya. Berbanyak la berdoa semoga PESAKA dapat membantu begitu juga pihak berwajib yang lain.
Dan semoga 9 JULAI 2011 ini berlalu dengan aman. Apa pun....LU PK LA SENDIRI!!

Related Posts with Thumbnails