Saturday, August 21, 2010

Biodata Nia Ramadhani












Nama Penuh: Prianti Nur Ramadhani
Nama Panggilan: Nia Ramadhani
Tempat Lahir, Tarikh Lahir : Jakarta, 16 April 1990
Zodiak : Aries
Nama Ayah: Priya Ramadhani
Nama Ibu: Chanty Mercia
Hobi : Menonton, jalan – jalan, makan, bergambar
Warna Kesukaan : Putih
Makanan Kesukaan : Ayam goreng dan mie
Buku Kesukaan : Komik Jepun
Filem Kesukaan : Romeo n Juliet
Muzik Kesukaan : RnB, Pop


Nia Ramadhani merupakan seorang pelakon drama dan filem dan juga seorang model. Merupakan puteri kepasa pasangan Priya Ramadhani dan Chanty Mercia tetapi sayang kedua ibu bapanya telah bercerai ketika Nia berumur 4 tahun. Maka Nia telah dijaga oleh Ibunya.

Nia Ramadhani telah bercita-cita menjadi pelakon sejak dari kanak-kanak. Ibunya telah cuba lalu mengirimkan biodata dan foto Nia, memang sudah tertulis untuk menjadi pelakon Multivision telah memanggilnya untuk mengikuti casting. Dan drama 'Bawang merah Bawang Putih' telah menaikkan namanya.




Pada tanggal 1 April 2010 pada usia 20 tahun, Nia telah menamatkan zaman bujangnya dengan Ardie Bakrie (anak bongsu kepada Aburizal Bakrie jutawan indonesia). Pernikahan berharga Rp 100 miliar menjadi isu pada ketika itu, malah mereka telah membuat keunikan tersendiri iaitu cincin kahwin yang dihiasi dengan darah Nia dan Ardie.

Toshiba Commercial Phua Chui Kang

Aku suka iklan nie......



Thursday, August 19, 2010

Cinta Kirana Episod 7



Selepas menampar seorang lelaki ketika majlis tersebut, Kirana menangis. Galang telah pergi memujuknya. Pada mulanya Kirana curiga dengan niat Galang, tetapi Galang telah meyakinkan Kirana. Riana yang sedang mencari-cari Galang melihat Galang bersama Kirana dan Riana mengadukan hal itu pada Aida. Melihat Galang dan Kirana, Aida mula risau dan Riana mengambil kesempatan itu memburuk-burukkan Kirana dengan mengatakan Galang sudah dibomohkan oleh Kirana.

Galang kemudian telah menjelaskan pada Riana niat dia berbaik dengan Kirana adalah untuk mengenakan Kirana. Riana lega mendengarnya. Riana kemudian ditawarkan peranan utama dalam seuah filem dan meminta Galamng meminjamkan wang sebagai modal. Baim telah datang mengunjungi Kirana dan terkejut melihat keakraban Kirana dan Galang. Kirana memberitahu, sekarang mereka sudah berbaik. Mendengar kata-kata Kirana Baim sedih karena takut kehilangan Kirana.

Esoknya Galang pergi ke bilik kamar Kirana untuk memberikan sebuah buku. Kirana yang tersandung sesuatu tanpa sengaja telah terjatuh menimpa Galang. Kebetulan pada masa itu Riana datang hendak bertemu Galang dan terlihat apa yang terjadi.

Bersambung..............



I'm Yours - McDonalds version

Jom layan video nie...
Siap nyanyi nak order best dgr


Wednesday, August 18, 2010

Cinta Kirana Episod 6


Rama meminta Kirana mengikuti kursus keperibadian dan dia tak mampu untuk menolak. Kirana kemudiannya diperkenalkan dengan kedua gurunya iaitu Pak Suryo dan Madam Ella. Pada mulanya Kirana telah berputus asa dengan semua pelajaran yang diikutinya. Tetapi setelah mendengar ucapan Galang yang merendah-rendahkannya, Kirana telah bertekad untuk mengikuti pelajaran sehingga berjaya mengubah hidupnya. Dengan bersusah payah, Kirana mengikuti semua pelajaran. Galang dalam diam-diam memerhatikan Kirana dan sering mentertawakannya. Namun setelah melihat usaha Kirana yang tak kenal putus asa, Galang akhirnya bersimpati.

Rama menerima undangan untuk menghadiri suatu majlis. Rama telah menyuruh Galang mengajak Kirana ke majlis tersebut sebagai calon tunangnya. Riana yang mengetahui hal ini bengang. Kebetulan Riana terjumpa Aida yang ingin membelikan gaun untuk Kirana, lalu Riana sengaja memilihkan gaun yang old fashion. Madam Ella yang melihat gaun itu telah menukar gaun yang lain dan membuat 'make over' kepada Kirana.
Berkat dari dandanan Madam Ella, Kirana nampak cantik dan anggun. Galang telah terpesona dengan kecantikan Kirana. Galang dan Kirana lalu pergi bersama Rama dan Aida. Di majlis tersebut, Riana yang bengang melihat Galang dengan Kirana telah melakukan sesuatu untuk memalukan Kirana. Dan disebabkan itu, Kirana telah menampar seorang lelaki di malis tersebut dan memalukan Rama. Kirana yang sedih berlari ke keluar dari majlis tersebut dan menangis. Galang yang kasihan melihat Kirana telah pergi untuk memujuknya.

Tuesday, August 17, 2010

Cinta Kirana Episod 5

Kerana kesal dengan sikap Aida dan Galang, Rama telah meninggalkan rumah. Aida terkejut kerana tidak menyangka Rama akan bersikap sedemikian. Aida kemudian meminta Galang mencari Kirana supaya Rama kembali pulang. Galang yang mencari Kirana telah terserampak dengan Baim, Baim bertanya kenapa Kirana keluar dari rumah, tetapi Galang tidak mahu menceritakan. Sedang mereka bertengkar tiba-tiba datang seorang budak memberitahu bahawa kirana sedang diganggu oleh sekumpulan lelaki. Bai dan Galang bergegas ke tempat kejadian, dan menyelamatkan Kirana. Galang meminta Kirana mengikutnya pulang tetapi Kirana menolak menyebabkan Galang pulang terus tanpa mmbawa Kirana.

Apabila mendapat tahu Galang tidak membawa Kirana pulang, Aida sangat sedih, dia telah hilang selera nafsu makan. Galang kemudian mencuba sekali lagi meminta Kirana mengikutnya pulang. Sita terkena serangan jantung setelah mendapat tahu Kirana keluar dari rumah Rama. Ini menyebabkan Kirana mengambil keputusan untuk pulang ke rumah Galang. Kirana dan Galang kemudian menjemput Rama.

Aida, Galang dan Riana berniat memalukan Kirana didepan Rama, tetapi akhirnya perbuatan mereka terbalik, yang malu kemudiannya adalah Riana. Riana meninggalkan rumah Galang kerana merasa dipermalukan oleh kirana. Aida dan Galang kemudian menyatakan kepada Rama tentang sikap dan peribadi Kirana dan ini Rama telah mendapat idea untuk mengubah peribadi Kirana. Kirana terkejut mendengar niat Rama.

Bersambung.............
Related Posts with Thumbnails