Thursday, September 10, 2009

Secalar hatiku...

Ini kisah sedih aku...

Last week mama aku drive keta aku..


Pastue disebabkan dia cakap telepon sambil memandu begini lah jadinya...hu...hu...


Sayu beb!! Dahlah nak raya... Nasib mama aku kalu orang lain..


Lu pk la sendiri!!

Sunday, September 6, 2009

RaSa CiNtA


Aku suka rasa cinta dalam diri aku terutama apabila kita cinta kan seseorang. Cinta tak dapat dibentuk dalam satu hari tetapi berhari-hari... bila kita cintakan seseorang kita akan sentiasa ingin berdamping dengan nya. Rasa ingin sangat tahu apa yang sidia buat.. Bile teringat kan kisah kami bercinta aku tersenyum sendiri betapa besarnya bahana cinta. Aku sanggup berulang alik dari Shah Alam ke Genting semata-mata nak berjumpa dengan dia. Dan dia pun sanggup berulang alik dari Genting ke KL sebab cinta. Bayangkan pagi dah jumpa masa on the way ke Genting malam jumpa lagi bila dia turun dari Genting. Itu before kahwin...sekarang bila dah kahwin aku dan anak2 duduk Semenyih. Dia sanggup berulang alik dari Genting ke Semenyih. That's why aku tahu dia masih cintakan aku dan anak2. Hopefully cinta kami kekal hingga ke syurga.

Saturday, September 5, 2009

Raya...

Bila kita dah semakin dewasa dan berusia, hari raya dah tak membawa banyak erti selain dapat memohon maaf. Tahun nie kami sambut sederhana sangat. Aku pun tak beli baju baru just tempah dua helai baju shj.. budget. Utk anak2 lebih sikit tema baju raya tahun nie 'pink' pergh!! comel2 anak aku pakai baju warna pink pekat. Suar ngn baju diorag pun dah beli tinggal kasut jer.. dekat2 raya jer baru nak beli nnt. Amacam handsome tak anak sulung aku...macam apek kita orang panggil dia 'ala apek'.




Thursday, August 27, 2009

Kisah Benar ala2 H1N1

Ini kisah yang terjadi kepada kakak aku sendiri, dia tidak positif H1N1 tetapi mengalami tanda-tanda seperti H1N1. Dari pembacaan aku, biasanya orang yang kena H1N1 adalah dari golongan yang mengidap asthma dan ini paling membimbangkan aku memandangkan aku ada asthma. Kisahnya begini, kakak aku seorang lecturer dan tempat dia mengajar ada student dah positif H1N1 dan tempatnya telah ditutup 1 mggu. Ketika dia berinteraksi dengan pelajar terbabit (dia tidak tahu pesakit tersebut demam ketika itu) mungkin telah terkena virus tersebut tetapi antibodinya kuat, dia demam 5 hari suhu badan naik, turun dan kemudian tiba2 naik dan turun semula, demamnya agak luar biasa dengan rasa bisa2 kat badan. Dia dah pergi ke klinik dan setelah diperiksa doktor suspek dia ada asthma sedangkan dia tak pernah kena asthma. Memandangkan dia ada dua orang anak yang masih kecil dan takut terkena kat anaknya dia telah memakai face mask di rumah dan bekas2 makannya tak dikongsi dengan sesiapa. Dia juga telah meminum sebanyak mungkin 100 PLUS dan makan kurma serta madu. Disebabkan sakit yang tak baik2 jalan terakhir dia baca yassin setiap kali lepas solat dan berdoa kepada tuhan. Dan dengan izin Allah demam dia sudah elok.

Sunday, August 23, 2009

Antara kerja dan keluarga part 2

Pendapat aku kekayaan bukan segala-galanya, kalau kaya tapi xder kasih sayang pun tak guna gak. Some people sanggup korbankan keluarga, aweks dan sebagainya kerana kerjaya. Aduh! Sungguh malang nasib orang yang seperti ini.. mungkin pada mereka "work is my priority".. kalau korang bukan macam aku lebih jelas ayat kasarnya "kalau korang rasa family korang lebih penting duduk umah jaga family" NONSENSE, kebanyakan orang yang berkata begini hidup porak peranda bukan dari segi kewangan tetapi hubungan kekeluargaan sendiri. Nah! Berapa ramai duda-duda kat luar sana yang bercerai kerana kerja?? tepuk dada tanya selera. Yang akan dipersalahkan adalah bekas-bekas jandanya.. tak pandai jaga suami lah macam-macam cerita yang akan keluar nanti. Yang lebih teruk lagi bila dah terlalu obses dengan kerja cuti pun datang kerja komitmen lah konon! Aku pun tak faham, bila lah agaknya masa diorang beriadah kan?? Masa bersama family, masa ziarah kubur ibu atau ayah tercinta yang telah pegi?? Atau semua nie diorang buat masa nak raya jer... Nie pun kena tepuk dada tanya selera... Aku bercakap dari pengalaman aku... Korang fikirlah aku pernah tulis kat entri aku gak dulu.. "Kerja kita tak akan dapat mendoakan kita kat akhirat esok, keluargalah yang akan sentiasa mendoakan kita bila kita dah pergi nanti" (itupun kalau kita sentiasa bersama mereka kalau setakat bagi hadiah, duit... jenguk pun setahun 2, 3 kali jer lu fikirlah sendiri)

First day puasa

Smalam first day puasa nasib tahun nie ak dapat puasa hari pertama.. tahun lepas jangan harap lah (maklumlah perempuan, faham-faham ajelah). Tahap keinginan nak makan2 macam-macam pun ada tapi tak lah semua nya nak. Hari nie ak makan nasi kerabu ngn ayam percik chewah... teringat nasi kerabu yang best giler kar genting

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN


Lama tak update blog kesibukan bekerja dan bersama keluarga...

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam ramadhan..

Semoga Ramadhan kali nie lebih bermakna....


Related Posts with Thumbnails